Headlines Today

Ramadhan Karim..AHLAN WASAHLAN..Ramadhan dah datang apa persediaan kita??
KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’
Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
Dibebaskan dari api neraka.
Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Program Hari pendekatan Ilmu Bersama Ulama' ini telah dianjurka oleh pihak Usrah Syazuliah pada tarikh 28-29 Julai 2008 lalu.Program ini bertujuan mendekatkan para pelajar dengan ulama'.Antaran ulama' yang hadir pada program ini adalah Al-Fadhil Sheikh Zakariya,Al-Fadhil Sheikh Abd Rauf,Al-Fadhil Sheikh Ali at-tohiri dan Al-Fadhil Sheikh Shuhadak.

Usrah Syazuliah

Kepada mulimin dan muslimat ytang berminat menyertai kami dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai muslim mukmin boleh berhubung dengan kami di talian 0142242664 atau email kan minat anda ke email usrahsyazuliah_mans@yahoo.com,Sesungguhnya ALLAH s.w.t menyukai orang yang menegakkan kalimahNya iaitu "LAILA HAILLALLAH MUHAMMADIRRASULULLAH".Seperti firmanNya dalam surah muhammad"jika engkau menolong agama Allah,nescaya ALLah akan menolong engkau".Jadi dikesempatan saya menyeru kepada semua umat islam sama-sama kita tegakkan agama islam yang makin hari makin ditindas dan diperlekehkan.ALLAHUAKBAR!!Wallahu'alam

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!

Bismillah..ramadhan datang menjelma,apa persediaan kita??Adakah kita bersedia menghadapinya??Seorang hj kata dia dah beli 30 jubah baru..katanya nak pakai satu malam satu jubah..tapi adakah dengan jubah baru si haji nie dapat menjamni kualiti amalnya di bulan ramadhan..eh!?Syahru Ramadhan dimana 3 peristiwa besar berlaku didalamnya..peperangan badar berlaku,turunnya mu'jizat nabi S.A.W yakni Al-Quran..dan berlakunya peristiwa Lailatul qadr..dimana Lailatul qadr Allah menjanjikan kepada hambanya kerahmatan dan keberkatan dan juga keampunan..jadi sama2 kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai Madrasah yang membentuk iman kita dan mengilap takwa kita kepada Allah..jangan hanya berlapar dahaga tapi tidak dapat Keampunan dariNya..-ayie@assyazuli-
-WALLAHU'ALAM-

KRISTIANISASI

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA

PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah

pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa

tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara

untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .
Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin

Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian

seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar

pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu

Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh

dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus

bertaubat.


Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumbangan orang kristian sendiri.

Jaga-Jaga!!

Sebagai umat islam yang bertaraf awam kita hendaklah berwaspada dengan segala ancaman kristian yang cuba menghancurkan islam secara seenyap mahupun secara terangan..jadi kesempatan ini pihak kami ingin memberitahu bahawa laman web berikut adalah laman web kristian yang cuba menyebarkan dakyah mereka dan cuba mempersoalkan kesucian islam dan keagunagn al-quran..laman web berikut adalah:
1http://www.answering-islam.org.

2http://www.aboutislam.com...............

3http://www.thequran.com...............

4http://www.allahassurance.com

Bila Engkau Keseorangan

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )
Ada musykil tentang masalah agama??Tanya Panel Ustaz Syazuliah,hantarkan masalah anda ke email usrah_syazuliah@yahoo.com

KENALI USRAH SYAZULIAH

Beriman tanpa syariah adalah fasiq, Bersyariah tanpa iman adalah munafiq. Bismillahirrahmanirrahim... Salam perkenalan dari kami pihak Usrah Syazuliah MAAHAD AHMADI N. SEMBILAN(MANS). Awalan, sama-sama kita rafa'kan kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberi kita peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini. Seterusnya, kami pihak Usrah Syazuliah berasa amat bersyukur kerana telah menyiapkan laman kami yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan dengan adanya laman ini kerja dakwah amar ma'ruf nahi mungkar dapat diteruskan dalam kalangan umat islam. Pada hakikatnya, Usrah Syazuliah bukanlah sebuah tariqat As-syazuliuah sebagai satu tanda penghormatan dan kemuliaan kepada Al-imam Abu Hasan As-syazuli pengasas tariqat syazuli. Ini kerana beliau telah banyak berjasa untuk menegakkan kalimah toyyibah. Usrah syazuliah ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh beberapa orang ustaz yang sedang menyambung pelajarannya di universiti al-azhar as-sharif. Tujuan ditubuhkan usrah syazuliah ini adalah untuk melahirkan para ulama' dan pendakwah yang mampu tampil ke hadapan dan mampu berkhidmat untuk masyarakat dalam negara ini, dan sekaligus dapat menjadikan negara ini sebuah negara yang diredhai Allah. Dalam konteks dakwah dan amar makruf nahi mungkar usrah syazuliah ini ditubuhan bagi menjana kualiti umat Islam di negara khususnya para remaja. Usrah ini mempunyai moto tersendiri iaitu Ilmu,Amal,Iman yang dihasilakn oleh para naqib yang berkaliber. Dengan tertubuhnya usrah ini, kami dari pihak usrah syazuliah mengharapkan kerjasama antum semua dalam menjana kualiti ummah. Wallahua'alam...

Various Headlines