Headlines Today

Antara Syarat-syarat untuk menjadi Khalifah (pemimpin).




1. Berpengetahuan tinggi dengan erti yang sebenarnya,bukan berdiploma tinggi, kerana ia akan memimpin dan mentanfizkan segala hukum Allah dan peraturan-peraturan-Nya, baik terhadap rakyat yang beragama, atau orang-orang yang tidak beragama, mahupun terhadap negara. Orang yang tidak mengetahui hukum Allah tentunya tidak dapat menjalankannya dengan sempurna.

2. Adil dengan erti yang luas, bererti menjalankan segala kewajipan dan menjauhi segala larangan serta dapat menjaga kehormatan dirinya. Khalifah selain dia sendiri wajib mentanfizkan hukum, juga berkewajipan mengawasi segala hukum yang dijalankan oleh wali-wali negeri yang diserahinya.

2. Kifayah, ertinya bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap untuk menjalankan pemerintahan, memajukan negara dan agama, sanggup membela keduanya dari segala ancaman musuh.

4. Sejahtera pancaindera dan anggotanya, dari segala yang mengurangkan kekuatan (berfikir atau kekuatan jasmani atau tenaga bekerja).

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu
sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai
pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang yang zalim". (al-Maidah:51)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin Atau ketua) orang yang
menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu
dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu
sungguh-sungguh orang beriman". (al-Maidah : 57)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu ambil sebagai sahabat setia lain daripada golongan
kamu; mereka itu tidak henti-hentinya berikhtiar menarik kecelakaan keatas kamu, mereka itu suka
apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka itu, tetapi apa
yang tersembunyi dalam hati mereka itu adalah lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda
kepada kamu, jika kamu (mahu berfikir)". (Ali-Imran : 118)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua (pemimpin);
padahal mereka itu bukan dari kalangan Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan
yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?". (al-Nisa' : 144)

"Ingatlah! Kamu ini mengasihi mereka itu sedangkan mereka tidak mengasihi kamu dan kamu
percaya kepada seluruh kandungan al-Quran sedang mereka apabila bertemu denganmu mereka
berkata: 'Kami beriman', tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah
bercampur benci kepada kamu. Katakanlah kepada: 'Matilah kamu bersama kemarahanmu itu',
Allah mengetahui apa yang terkandung dalam dadamu". (Ali-Imran :119)

"Berilah khabar kepada orang munafiq, iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin -
bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu?
Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi Allah". (al-Nisa' : 139)

"Allah sekali-kali tidak memberi jalan bagi orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin".
(al-Nisa':141)

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu
menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi
pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah orang yang zalim". (al_Taubah : 23)

Organisasi Dah berubah..


Bismillah..ehm malam 9/1/09,Pihak Usrah telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-3,Dalam mesyuarat ini banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Pihak pengurusan yang lama untuk membantu pengurusan baru ini..Hj Umar telah dipilih untuk menjadi Pengarah Urusan yg baru walaupun ada yang meminta Pengarah Urusan yg lama dikekalkan tetapi akh al-faqir asri mempunyai komitmeen yang lainmdalam organisasi ini dan organisasi sekolah berharap agar usrah ditadbir oleh pengurusan yang baru.Didalam mesyarat ini juga pihak urusan juga membincangkan dan menyusun program2 yang akan dijalankan pada tahun ini.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 mlm,ramai muka baru yang diberi amanah memegang jawatan dalam organisasi usrah.Wallahu'alam.

-AnAk Sholeh-


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia
akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab
pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi
Musa bertanya kepada Allah SWT...
“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat
yang diberitahu.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong
dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh
kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan
diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan
dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.
Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.
“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,
terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT
telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah
urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap
melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun
mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan
wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil
baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada
khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana
dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa.
Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan
urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana
mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa
yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat
tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit,
cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.

Various Headlines