Headlines Today

Jari yang 5!


Salam Hormat dan Salam Alaik..Pada pertemuan kita kali ini..Usrah akan membawa satu topik yang menarik..Iaitu berkenaan 5 jari..Nak tahu?..bacalah..
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?

Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insane dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil.

Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.


Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tidak terkira.

Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab?


Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.

Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personality dan status tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.


Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan, maka patuhilah ia.

Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.

“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”

Addeen Annasihah(Agama Islam Itu Nasihat)



Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim, dari Abu Ruqaiyah bin
Aus adDari:

"AdDeen (agama) itu adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Rasulullah
menjawab: untuk Allah, kitabNya, rasulNya, kepada semua pemimpin orang Islam dan
kepada semua orang Islam".

Dari hadis di atas, jelaslah Rasulullah menghubungkan Deen atau agama dengan
nasihat (peringatan). Amalan nasihat menasihati menjadi asas kepada agama kita.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk memberi nasihat
dan mendengar nasihat dan peringatan. Ini yang membezakan antara seorang Muslim
dari bukan Muslim.

Banyak ayat-ayat alQuran menyuruh kita supaya melaksanakan amalan ini. Maksud
firman Allah dalam surah AzZariyat ayat 55:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat
bagi orang-orang yang beriman."

Tetapi ada segolongan manusia yang tidak suka diberi peringatan atau menganggap
peringatan itu sebagai "offensive" atau mengganggu "private life" mereka.

Mereka menganggap orang yang memberi peringatan itu adalah pengacau. Jika mereka
melakukan sesuatu mungkar, mereka akan menjauhi orang lain kerana takut diberi
peringatan tentang kesalahan yang dilakukan.

Golongan ini dinyatakan oleh Allah:

"dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya, iaitu orang yang akan
memasuki api yang besar (neraka)."

Mereka adalah orang-orang yang telah menutup pintu hati mereka dengan berbagai
prejudis and tidak berani untuk menghadapi kebenaran. Untuk golongan ini, Allah
memberi amaran:

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka,
Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila
mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa
mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa (They were
plunged into destruction with deep regrets and sorrows)". (maksud surah
An'aam:44)

Oleh itu marilah kita berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati kita untuk
menerima segala nasihat dan peringatan yang baik supaya kehidupan kita sentiasa
mendapat bimbingan dariNya, sehinggalah sampai masa kita menemuiNya.

5 Syarat Nak Buat Maksiat


Alhamdulillah, pertamanya marilah kita merafakkan seinfiniti kesyukuran kpd Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dgn izinNya, masih lagi diberi peluang olehNya untuk hidup di muka bumi Allah ni, masih lagi diberi oleh Allah nikmat sihat, nikmat bernafas dan yg paling utama nikmat iman dan islam, alhamdulillah..

Dalam kita semua mengharungi era globalisasi dan serba moden ini, sedar atau tidak sedar, kita semua telah banyak melakukan kesilapan dan kemungkaran sehingga menyebabkan kita semua terjerumus ke lembah kemaksiatan, Nauzubillahiminzalik..apakah yg membuatkan kita semua terjerumus dan terperangkap? Sudah pastinya, budaya kuning ataupun budaya hedonisme telah banyak member kesan kpd kehidupan kita. Diri kita juga seharusnya dipersalahkan kerana gagal dalam mengawal nafsu agar sentiasa sukakan kebaikan dan benda yg ma’ruf.

InsyaAllah pada entri kali ini, suka ana untuk berkongsi satu cerita yg telah di ceritakan oleh murabbi ana sendiri, Ust Zaini bin Sejo..

Suatu hari ada seorang lelaki yg menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “wahai Aba Ishaq! Selama ini aku gemar untuk melakukan maksiat. Berikan lah aku sedikit nasihat agar aku dapat berubah. “ Setelah mendengar perkataan tersebut, Ibrahim berkata, “ jika kamu boleh menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “ apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishaq? “.

Ibrahim bin Adham berkata, “ syarat pertama, jika kamu bermaksiat kpd Allah, jangan memakan rezekiNya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “ dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yg ada di bumi ini rezeki Allah? “ , “ ya, tegas Ibrahim bin Adham. “ kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?” .

Syarat yg kedua, kata Ibrahim “ kalau kamu bermaksiat, jgn tinggal di muka bumiNya!”. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah layak kamu memakan rezekiNya dan tinggal di muka bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya. FIKIRKANLAH!

Syarat yg ketiga, kata Ibrahim “ kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yg tidak dapat di lihat olehNya! “. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “ Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita? “ ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat? “ kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yg keempat.

Ibrahim melanjutkan. “kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kpdnya, ketepikan kematianku dahulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh “. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “ wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? “ .

“ wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah? ” .

“baiklah, apa syarat kelima? “ Ibrahim pun menjawab, “ wahai Abdullah, kalau malaikat zabaniyyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jgn engkau ikut bersamanya” .

Perkataan terakhir itu membuatkan Abdullah sedar dan insaf. Dia berkata, “ wahai Aba Ishaq, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar kata-kata Ibrahim. Air matanya bercucuran. “ mulai saat ini, aku bertaubat kpd Allah,” katanya sambil terisak-isak..

Various Headlines