Headlines Today

Pemergian seorang ustaz@ulama Al-Mujahid Ustaz Khairul Azhar.......

Pada malam 19 Mac 2009,Kita kehilangan seorang Ustaz@Ulama’ yang tegas dalam menegakkan islam ketika ini. Allahyarham Ustaz Khairul Azhar Kamarudin menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Kritikal(ICU) Hospital Seremban pada jam 11.15 malam. Allahyarham yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas kawasan Tampin meninggal kerana menghidapi demam denggi berdarah. Allahyarham disolatkan disolatkan di Masjid Paroi Jaya dengan bilangan jemaah yang tidak kurang dari 1300 jemaah. Pemergian Allahyarham dalam menegakkan islam adalah satu kehilangan yang besar bagi umat islam di Negeri Sembilan. Allahyarham yang pernah menjejakkan kakinya ke Bumi Tarbiyah Maahad Ahmadi beberapa kali untuk mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Hj. Mohd Said,Seremban. Jesteru itu sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan keluarga,semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama Penghulu Kita Nabi Muhammad S.A.W. Al-fatihah.
Sumber: Al-Fadhil Hj Rusli& Ustaz Hj Shuhadak

Ziarah Habib Khadzim ke Negeri Sembilan



Bismillah..Bersyukur kita kerana Allah masih lagi memberikan nafas untuk hidup di muka bumi ini. Pada 16/3/09 bersamaan hari isnin, seorang ulama' dari Yaman menziarahi Negeri Sembilan ubtuk mencurahkan ilmunya kepada penduduk negeri. Majlis yang diadakan si Masjid Negeri,Negeri Sembilan tidak dilepaskan peluang itu oleh Ahli Usrah Syazuliah. Umar, asri, Syahir, Hafizi, Hilmi dan ramai lagi yang hadir untuk mendapatkan mutiara ilmu dari beliau. Antara yang disampaikan oleh beliau adalah sifat orang mukmin iaitu bersyukur. Banyak bezanya orang bersyukur dengan orang yang tidak bersyukur. Jesteru itu, bersyukurlah kita kepada Allah dengan harapan Allah meredhai kita. Wallahua'lam

Penukaran Template

Assalamualaikum..bertemu kita lagi..tetapi kali ini wajah blog Usrah sudah pun berubah..mesti ada antara kita menyoal "kenapa asyik tukar-tukar aje"...kami menukar template supaya kelihatan lebih kemas..itu sahaja..Wallahu'alam

Dari Meja Ketua Jemaah(Pengarah)


BIsmillahirrahmanirrahim..alhamdulillah washolatu wasalamu 'ala rasulillah amma ba'du..
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih memberikan kita nikmat iman dan nikmat islam secara percuma. Sedar tidak sedar kita hampir meninggalkan bulan kelahiran Nabi S.A.W,Alhamdulillah..dengan pelbagai cara kita menyambutnya dengan satu harapan kita ingin syafaat Baginda di akhira kelak..Tujuan ana berbicara kali ini adalah dengan satu tujuan iaitu ana ingin mengingatkan kembali kepada semua nuqaba' Usrah Syazuliah tentang perjuangan kiat yang belum selesai.Jadi di kesempatan ini ana suka mengingatkan kepada diri ana sendiri dan nuqaba' agar kuat iman, kukuhkan sabar, tambahkan ilmu untuk islam yang tercinta..Takbir!!

Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t



Setiap insan wajib mengabdi dan menghambakan diri kepada Allah. S.w.t kerana mereka dicipta adalah semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Mengabdi bererti menyembah dan menerima segala ketentuan dan segala keputusan Allah s.w.t. Ia juga dapat diertikan sebagai tunduk dan patuh kepada semua titah perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya tidak wajar jika insan menyembah dan mengabdikan diri kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t sedangkan mereka telah dijadikan makhluk yang terbaik. Mereka telah diberi peluang seluas-luasnya untuk menikmati pemberian Allah s.w.t sebagai dalam pelbagai bentuk atau cara. Malahan kewujudan mereka di alam buana ini pun adalah juga nikmat kurnia Allah s.w.t.
Sebaliknya jika insan itu menyembah dan mengabdikan diri kepada makhluk yang tidak Khalik (yang mencipta) bererti mereka telah melakukan sesuatu perbuatan yang amat keji dan terkutuk. Dengan lain perkataan insan sedemikian bolehlah digolongkan ke dalam golongan orang yang tidak berterima kasih. Di antara laku perbuatan yang boleh menggambarkan pengabdian seseorang kepada Allah s.w.t termasuklah:
a. Sentiasa melakukan ibadah khusus dengan sempurna. Mengabdi dan dan beribadah kepada Allah s.w.t bukan terhad kepada sembahyang, zakat, puasa, haji, jihad, tahlil, zikir dan tilawah al-Quran tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Malahan semua perbuatan dan gerak laku insan dikira sebagai ibadah sekiranya perbuatan itu dilandasi oleh niat yang tulus ikhlas kerana Allah s.w.t dan dilakukan mengikut lunas-lunas yang diperuntukan oleh syariat.
b. Sentiasa bersedia mematuhi perintah melakukan ibadah khusus terutama dikala dan ketika ibadah-ibadah itu mesti disempurnakan.
c. Sentiasa menggunakan nikmat dan kemudahan yang diberi oleh Allah kepada sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menggunakan pancaindera untuk melihat, mendengar, mencium, merasa dan menyentuh sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t.
d. Sentiasa bersedia untuk menyumbangkan sebahagian daripada harta untuk badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Disamping itu harta yang dikurniakan itu digunakan untuk membangunkan masjid, madrasah, sekolah dan tempat-tempat yang memberi manfaat kepada ummah.
e. Sentiasa menggunakan pangkat dan kedudukan sebagai alat untuk mengajak manusia kepada jalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Mereka menyedari bahawa pangkat dan kedudukan itu adalah amanah Allah s.w.t.
f. Sentiasa menggunakan kemudahan-kemudahan yang dikurniakan umpamanya kenderaan yang selesa untuk melawat dan pergi ke tempat-tempat yang disukai Allah s.w.t. Kenderaan mereka lebih banyak dibawa ke masjid, majlis-majlis ilmu, majlis-majlis sillaturarahim dan lain-lain.
g. Sentiasa meyakini hukum dan segala keputusan Allah s.w.t sahaja yang Maha Benar.
Orang yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia sepanjang masa. Disamping itu, setiap pekerjaan dan perkara yang dilakukan oleh mereka juga akan diredai oleh Allah s.w.t.

Various Headlines