Headlines Today

Tahun Baru masihi dan Gerhana Bulan


Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;

“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?


Perbezaan Antara Gerhana Bulan (GB) dan Gerhana Matahari (GM)

Pertama:
GB: Biasanya berlaku pada pertengahan bulan hijri.
GM: Biasanya berlaku pada akhir bulan hijri.

Kedua:
GB: Berlaku pada waktu malam.
GM: Berlaku pada waktu siang.

Ketiga:
GB: Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara kuat (jahar).
GM: Disunatkan membaca al-Fatihah dan surah secara perlahan (khafiyy).



Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana

1. Sunat mandi terlebih dahulu.

2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.

3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).


Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Beberapa Peringatan

i. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

ii. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.

iii. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

iv. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.

v. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).

vi. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

vii. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).



PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.


Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.


(Rakaat Pertama)

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)

1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

sumber::http://lobai-kampung.blogspot.com

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.
Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr: 3)

Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.
Firman Allah SWT:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)
2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”
3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”
4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Firman Allah SWT lagi: bermaksud;
“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;
“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun.
Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang lain.”

“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”

“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”

“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”

Facebook Ajen Yahudi??

"artikel ini hasil olahan Ain Syafiqah, Naqibat Usrah Syazuliah"


Fenomena facebbok yang menular diseluruh dunia semakin pesat. Zaman ini ,sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT. Benarkah? Terpulanglah kepada anda untuk menentukannya. Tetapi sekadar berkongsi maklumat daripada kajian yang dilakukan, FACEBOOK ini dimiliki oleh Mark Zuckerberg seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard. Beliau ialah anak pasangan yahudi Erdward dan Karen Zuckerberg. Apa kaitan Zuckerberg dengan Palestin??

Semasa di Harvard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epilson Pi (AEPi) yang aktif. Pertubuhan ini membuka keahlian kepada seluruh pelajar universiti berbangsa yahudi di A.S. Asas utama didalam pertubuhan ini adalah semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa dimasa akan datang yang benar-benar memahami idea, nilai dan etika yahudi.

Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT memetik kata-kata yang dilontarkan oleh Joel Leyden yang memanfaatkan sepenuhnya Facebook untuk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza. Siapakah sebenarnya Joel Leyden ini? Beliau adalah wartawan pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama di Israel. Beliau juga membuka laman web Perdana Menteri Israel dan tenteranya.

Leyden mencipta sendiri facebooknya selepas 3 jam serangan pertama yang dilancarkan Israel keatas Gazza. Menerusi facebook beliau, Leyden membakar semangat tentera Israel. Leyden mengambil peluang untuk menerangkan kenapa perlu Israel melancarkan perang keatas penduduk di Gazza yang dilabelkan sebagai 'pengganas islam'.

Di Indonesia, Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibroiel atau Prince of Jihad yang memperjuangkan suara Islam dan jihad akhirnya tidak dibenarkan untuk menggunakan Laman Sosial Facebook ini. Pihak pengurusan Facebook telah menutup akaun yang dimiliki oleh kumpulan Cyber Jihad seperti yang dilaporkan oleh eramuslim.com.

Di Indonesia juga, laman facebook yang dikendalikan oleh Kumpulan Arrohmah dan Cyber Jihad mempunyai keahlian paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila facebook milik pejuan Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa Laman Web Sosial itu milik Mark Zukcerberg yang juga anggota Alpha Epison Pi(AEPi). Persoalannya, kenapa facebook milik Leyden tidak disekat tetapi facebook milik Cyber Jihad dan Arrohmah disekat? Sedangkan kedua-duanya membakar semangat pejuang agama masing-masing.

Keuntungan bagi Facebook berdasarkan Cost Per Clik (CPC), sekali klik $0.50. Jika satu hari 1000 orang yang mengklik pada facebook cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan, kiralah sendiri. Cuba anda bayangkan berapa banyak wang yang mengalir untuk membiayai peperangan di Gazza? Lebih malang, sumbangannya itu datang daripada orang islam sendiri. Dengan hanya klik sahaja pada FACEBOOK, kita turut sama menyumbang kepada Israel. Coretan ini hanya sekadar perkongsian ilmu, memang ramai tidak dapat menerimanya dengan baik, walaupun begitu apa yang semua datang dari Allah, yang buruk didalam penulisan ini semuanya datang dari diri yang lemah ini. Tepuk Dada Tanya Iman, Nanti Anda Akan Perasan!

Biodata Amir Usrah


NAMA: Muhammad Fadzle Hanafi b Jauri

ALAMAT: No 80 Blok 04, Felda Serting Hilir 04, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

NO IC: 940912-05-5195

NAMA IBU: Paiza bt Jauri

NAMA BAPA: Jauri b Markom

CITA-CITA : Pensyarah.

HARAPAN : Semoga dengan pelantikan ini dapat membantu Usrah Syazuliah memartabatkan Islam dan memperkukuhkan lagi institusi dakwah di Malaysia ini.

PERHATIAN SEMUA...

Perhatian!!! Cikgu Azlina dikhabarkan sedand sakit.Jadi dia minta kita khususnya pelajar Maahad Ahmadi untuk doakan dia. Kepada peserta program usrah tarbawi di Port Dickson,tempat ditukar ke Pusat Dakwah Islamiah pada 28,29,30 disember.Call Ust Fuad

Ucapan Amir Usrah Syazuliah

-Ucapan ini di tulis pada 18/11/2009, selepas pelantikan amir yang baharu-


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah summa alhamdulillah, Nasyukurullah taala 'ala ni'amihi allazi an'amana bini'mati islam wal iman wa bini'mati lihaza ijtimak.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat kurnianNya dan dengan takdirNya saya telah dilantik oleh Majlis Lembaga Usrah Syazuliah untuk memegang satu tanggungjawab yang besar sebagai ketua bagi sebuah badan dakwah iaitu Usrah Syazuliah. Saya menganggap ianya sebagai satu ujian dan rahmat Allah kepada saya.

Kesempatan ini saya ingin mengatakan marilah kita menjadi hamba Allah yan taat dan patuh pada arahan dan suruhan agama dengan bepandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Marilah kita bersama-sama merujuk kembali kepada dua sumber yang tidak pernah sesekali menipu da berdusta kepada kita agar kita dapat menjalani kehidupan lebih bahagia. Disamping itu, marilah kita semua berpegang kdengan sabdaan Nabi Muhammad ini" Perbaikilah diri kamu dan serulah selain dari kamu".

Saya berharap dengan perlantikan ini dapat membantu saya untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya dan menjadikan saya lebih mencintai rasulNya. Dengan itu juga saya berharap juga kepada semua ahli usrah dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik agar dapat menangkis jiwa kita daripada masalah sosial yang kian meruncing dalam kalangan remaja hari ini. Saya juga berharap agar ahli usrah bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk memastikan misi dan visi Usrah Syazuliah tercapai.

Akhir kalam, saya memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dalam ucapan saya ini. Sesungguhnya saya hanya hamba Allah yang lemah. Hanya Allah sahaja Maha Berkuasa. Wallahu'alam.

Fadzle Hanafi Jauri
Amir Usrah Syazuliah 2009-2010

Salam Ma'al Hijrah 1431 Hijriah, Satu Penjelasan..



Assalamualaikum w.b.t, Pertamanya, marilah kita sama merafakkan kesyukuran kita kepada Allah denga setinggi kesyukuran kerana masih lagi memberika fursoh(peluang) untuk beramal kepadaNya. Sebuah hadis yang berbunyi "Barangsiapa harinya lebih baik dari semalam, maka beruntunglah ia", mutiara nabawi yang penuh dengan hikamh ini banyak memberikan kesan yang positif kepada mereka yang meletakkan target ataupun meletakkan azzam untuk berhijrah di Awal Muharram ini.

Kedatangan tahun baru ini sudah semestinya membawa cita dan azam yang baru. Antara satu ciri golongan yang gagala dalam hidupnya adalah mereka yang tidak tahu apakah azam yang yang ingin mereka letakkan disudut hati mereka, bahkan lebih teruk lagi azam mereka adalah kepada kemaksiatan!. Jika ditanya kepada semua individu apakah azam mereka pada tahun ini, sudah tentu azam mereka kearah meningkatkan taraf hidup mereka. Jarang dalam kalangan kita hari yang menanam azam untuk 'mensifarkan' maksiat. Jesteru itu, disaat nyawa masih dikandung badan, hidup masih berteman ayuh!!,ledakkan TAQWA kita kepada Allah dengan ledakan maksima agar kita memperoleh Redha dfan Firdausil a'la.

Menjawab persoalan visiter bernama NUR SYAHADAH, awwalan, terima kasih kerana memberikan kritikan yang cukup memberangsangkan. Walaupun sebahagian daripada kami tidak dapat menerimanya dengan hati terbuka namun pihak Ahli Majlis Tertinggi tetap menerima dengan hati terbuka. Sebenarnya pihak Usrah dapat mengesan siapakah yang sebenarnya disebalik NURSYAHADAH kerana didalam Badan Dakwah yang tidak seberapa ini mempunyai beberapa tenaga IT yang boleh dikatakan pakar.

Pihak Usrah sungguh terkilan apabila seorang pelajar yang dikatakan pelajar agama masih lagi tidak memahami konsep dakwah dan tarbiyah. Mungkin NURSYAHADAH ini bekas orang kanan Presiden George w.Bush, Wallahua'lam. Apabila konsep dakwah dan tarbiyah tidak difahami denga jelas ini yang menyebabkan ramai dalam kalangan kita selalu menghentam gerakan dakwah. Pihak Usrah tidak menafikan semua perkara yang didakwa oleh Ad-Daie NUR SYAHADAH tidak benar. Memang benar apa yang dicakapkan oleh NurSyahadah. Pihak Usrah tidak terlalu terburu-buru untuk mengeluarkan kenyataan yang dikawal oleh emosi dan ego seperti NurSyahadah.

Allah tidak menciptakan semua manusia ini sempurna segalanya, hanya Junjungan Besar Nabi Muhammad sahaja yang diciptakannya sempurna. Dalam kehidupan kita ini bukannya semua sempurna. Justeru itu memang tidak sah jika sesebuah gerakan mempunyai pelbagai ragam manusia. Pihak Usrah juga tidak menafikan bahawa didalam Usrah Syazuliah ini tidak mempunyai ahli-ahli sebegitu kerana kami ini bukannya sempurna. Oleh sebab itula kefahaman yang dalam kepada konsep dakwah dan tarbiyah perlu diterapkan kedalam hati manusia. Apabila sudah memahami konsep ini, barulah semua kerja dakwah dan tarbiyah senang dilakukan. Apakah konsep tersebut? Inilah suatu penjelasan khas untuk mereka yang seperti NUR SYAHADAH....

Konsep "ISLAH WA MUSLEH" adalah konsep asas dalam dakwah dan tarbiyah. Jika konsep ini sudah dihalusi oleh seseorang itu sudah memadai untuk beliau untuk berdakwah. Disamping memperhiasakan diri dengan sifat mahmudah dan sifat hubbun nas. Sifat keimanan yang tinggi dan ketaqwaan yang utuh juga perlu dikepilkan dengan peribadi seorang daie. Tindakan menyelar seseorang dengan tuduhan melulu adalah satu tidakan yang boleh dikatakan 'bodoh' kerana tanpa usul periksa tanpa bukti yang kukuh seseorang itu melakukan fitnah yang mencemarkan nama baik sesebuah organisasi. Sebagai contoh, didalam sebuah institusi keluarga seorang ayah dituduh berzina dengan janda disebelah rumahnya. Tindakan melulu ini bukan sahaj mencemarkan nama baik keluarga tersebut bahkan mmenuduh orang tiu melakukan zina. Perbuatan ini lebih teruk lagi dari dosa berzina. Wanau'zubillah min Zalik.

Jadi jelaslah bahawa sesebuah organisasi itu tidak terlepas daripada ahli yang tidak sempurna akhlahknya seperti NUR SYAHADAH. Berikutan hal mengutuk muslimat, mungkin dalam kalangan mereka yang mengutuk itu tidak lagi memegang keahlian USrah SYazuliah.
Walaubagaimanapun, kami dapat merasakan bahawa NURSYAHADAH ini seperti mangsa kutukan tersebut memohon maaf sekiranya terdapat ahli didalam usrah ini yang terlanjur perbuatannya sehingga mengutuk NURSYAHADAH. Sekiranya masih tidak berpuashati, luahkan perasaan anda kepada Nur Zaleha bt Ab Talib( Ketua Usrah Muslimat). Wallahua'lam.

SALAHKAH AKU BERSYUKUR



Aku Juga Seorang Hamba
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita… adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Luasnya neraka


Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Various Headlines