Headlines Today

Arak Mudah Dibeli Seperti Air Mineral-

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.

Ke Mana Hilangnya Sengat Usrah!!?? Satu Peringatan

Alhamdulillah wassolatu wasalamu 'ala rasulillah wa'ala alihi waman walah. Summa amma ba'du. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, kita rafakkan kesyukuran kita kepada Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran, kiat hamparkan kesyukuran kita dengan selua-luas hamparan kerana Allah masih memberikan dan membekalkan kita dua nikmat yang tiada tolok bandingannya yakni Iman dan Islam. Selangkah kita dekat padaNya, sepuluh langkah Allah hampiri kita. Allahu akbar!

Bulan mac hampir meninggalkan kita, bulan jamadil awal makin menghampiri kita. Pentadbiran usrah syazuliah ataupun dikenali sekarang dengan Usrah Ahmadiah makin lama makin malap. Tidak tahu apa puncanya, tidak tahu apa kelemahannya dan tidak tahu apa sebab dan musababnya sehinggakan hari ini masih tiada berita tentang pergerakan usrah ini. Memang tidak dinafikan setiap perubahan memerlukan masa, kefahaman dan ketelitian. Kefahaman pula memerlukan kesefahaman. Justeru, kekuatan dalam kalangan Majlis Tertinggi, Nuqaba' dan ahli usrah perlu disemai mulai detik dan saat ini. Ingat Rasulullah pernah bersabda "Sesungguhnya pertolongan Allah itu bersama dengan jemaah(kesatuan)".

Sedikit pengorbanan yang kita lakukan, Allah akan nilai walaupun sekecil zarrah. Kita mesti lakukan transformasi pada waktu yang terdekat ini untuk memastikan segala perancangan usrah dan objektif kita tercapai. Perjuangan kita dalam medan ini tidak boleh dihentikan. Ayuhlah para nuaqaba' dan semua perwakilan Majlis Tetinggi Usrah Ahmadiah@Syazuliah kita bangkit untuk terus menggerakkan dakwah dan nahi mungkar. Kepada Majlis Tertinggi, pada masa terdekat ini, susunlah semula pergerakkan anda dan juga struktur organisasi anda. Kami alumni dan juga masih lagi memegang kad usrah syazuliah sentiasa berada dibelakang anda untuk memastikan Usrah Ahmadiah ini tidak terus terkubur.

Hadis 3: Mandi Sunat Haru Jumaat dan Bersegera Ke Masjid

Photobucket
Daripada Abu Hurairah, Sesungguhnya Nabi bersabda: "Barangsiapa yang mandi pada hari jumaat seperti mandi junub( menurut kesempurnaan, adab dan tertibnya), kemudian ia kemasjid pada detik yang pertama maka seolah-olah ia menyembelih seekor unta (untuk dijadikan qurban) , sesiapa yang pergi kemasjid pada detik yang kedua maka seolah-olah ia meneymbelih seekor lembu( untuk dijadikan qurban), sesiapa yang pergi pada detik yang ketiga maka seolah-olah ia menyembelih seekor kibas yang bertanduk (untuk dijadikan qurban), dan sesiapa yang pergipada detik keempat maka seolah-olah ia menyembelih seekor ayam(untuk dijadikan sedekah), dan sesiapa yang pergi pada detik kelima maka seolah-olah ia berqurban sebiji telur. Apabila imam sampai ke mimbar (untuk berkhutbah) maka Malaikat yang mencatat lehadiran tadi berhenti mencatat untuk mendengar khutbah. (h.r bukhori)

Various Headlines