Headlines Today
Showing posts with label PROGRAM SYAZULIAH. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM SYAZULIAH. Show all posts
Berakhirlah Program Kami...
Salam Ukhwah. Alhamdulillah,akhirnya program kami berakhir dengan jayanya diiringi dengan alunan lagu Kau Sahabat dan Teman. Nantikan foto-foto program kami tidak lama lagi. InsyAllahProgram Motivasi solat Bestari di SMK Palong 2
Salam Ukhwah buat semua pengujung blog Usrah Syazuliah. Hari ini masuk hari kedua program motivasi solat bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 2. Kehadiran Usrah Syazuliah umpama pembawa cahaya dalam sanubari mereka. Dengan berbekal 13 orang tenaga fasilitator, Usrah Syazuliah terus mengorak langkah dakwahnya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Barisan fasilitator yang diketuai Amir Lajnah Dakwah & Program, Akhi al-faQir asri memang nampak kelainannya. Insyallah program akan berakhir pada jam 12.30 tghari ini.Design Button dan Nametag Program SMK Palong 2
Salam pertemuan buat semua ikhwan. InsyaAllah pada 30 oktober inikami akan ke SMK Palong 2 bersama dengan pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Palong 2. Kehadiran kami disana akan diserikan lagi dengan program Kem Motivasi SOlat Bestari. Dibawah ini adalah design nametag dan button yang bakal digunakan di sana. Berminat dengan design hubungi al-faQir di usrahsyazuliah_mans@yahoo.com

Projek@ Program Jaket Usrah Syazuliah 2009
Bismillah.. Ku mulai tulisan ini dengan pujian keatas Nabi Muhammad. Ana wakil dari Lajnah Program & Dakwah ingin memberitahu bahawa Usrah SYazuliah akan menjalankan Program Jaket. Program ini adalah program yang melibatkan semua ahli yang berminat untuk membelinya. Harga sehelai jaket rm 75 termasuk sulaman nama dan logo. Jaket Usrah insyaAllah akan berwarna cream. Kepada ahli usrah yang berminat boleh beri nama kepada Mohd Faez senaw2(muslimin) dan kepada Nurul Husna Najwa senawi 2(muslimat. Pihak Usrah Syazuliah mensasarkan secepat yang mungkin.
Beginilah contoh jaket. tetapi warna cream.
Kembara Ilmu
Salam sayang,Salam pertemuan Salamualaikum buat pembaca sekelianSyukur pada ilahi pada 16.08.2009 seorang Ulama' Mashur al Fadhil Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari al Makki telah menjejakkan kakinya di Tanah Gemencheh Negeri Sembilan.Program Majlis Ilmu ini tidak dibiarkan begitu sahaja alangkah ruginya seandainya mereka yang mengetahui majlis sebegini dijalankan dan mereka langsung tidak mengendahkannya,jadi pihak Usrah Syazuliah mengambil kesempatan untuk mengutip Mutiara-Mutiara yang ditaburkan oleh Sheikh Nuruddin Marbu

saat ketibaan Al Fadhil Sheikh disambut dengan alunan madih

mutiara-mutiara imu yang sedang ditaburkan oleh Sheikh

khutbah yang Dismpaikan oleh sheikh dengan penuh semangat

Amir usrah syazuliah berpelukan dengan al Fadhil sheikh Nuruddin

moga pertemuan dengan al fadhil Sheikh membakar semangat perjuangan kami
ya ALLAH ya Tuhan kami Engkau peliharalah perjuangan kami,Engkau jadikan Junjungan besar nabi Muhammad sebagai ikutan kami Ya ALLAH YA Tuhan kami Engkau temukanlah kami dengan orang-orang yang Engkau Redai dan kekasih-kekasihMu YA ALLAH....amin
Foto Sekitar Program Detik Indah Bersama Rasulullah 3
Sesi Perbincangan bermula..
Mecambah idea fikiran..
Barisan Naqib yang berkaliber..
Muslimah harapan bangsa
Bakal daie bersatu mengangkat kalimah Allah..
Gaya seorang amir...
Sekadar sahaja..
inilah video yang kami dapat paparkan untuk hadirin & hadirat
Video ini adalah rentetean Program Hari Pendekatan Ilmu Bersama Ulama'
Foto sekitar program Detik Indah Bersama Rasulullah 2
Pencinta Ilmu..menagih berkat..
Sebelum bersurai..
Penghargaan tiada tandingan..
penyambung warisan pejuang & daie islam..
dewan maahad ahmadi
Fot sekitar program Detik Indah Bersama Rasulullah 1
Bismillah..Ini adalah gambar program detik indah bersama Rasulullah yang di anjurkan oleh Usrah Syazuliah baru-baru ini. Sementara laporan program masih lagi belum disiapkan, kami harap foto-foto ini bermanfaat.Majlis dibuka dengan Tilawah Al-quran
'bingkisan rindu untuk Rasulullah'
Barisan Ulama' yang hadir..
Sayyid Ibrahim Sayyid Ahmad
Syeikh Rohimuddin Al-Bentani
Penghargaan buat mu...
Salam Ukhwah, Salam Ziarah, Salam Perjuangan, Assalamualaikum. Hampir sebulan blog ini tidak di'update' ye. Usrah Syazuliah memohon kemaafan kerana kami tidak berpeluang untuk mengemaskini blog ini. Alhamdulillah, Program Detik Indah Bersama Rasulullah hampir seminggu berlalu. Bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar cuma sedikit masalah kecil berlaku. Seperti kebiasaanlah setiap program mesti mempunyai kelemahannya sendiri. Tetapi ingat setiap usaha yang kita lakukan itu Allah pandang. Insyaallah kami akann paparkan laporan dan beberapa foto program. Wallahua'lamProgram 'Detik Indah Bersama Rasulullah'
Assalmulaikum. Wrga Usrah sekalian. Sedikit Pengumuman untuk Program yang bakal berlansung pada 23-26 Julai ini. Warga Usrah diminta untuk memberikan kerjasama kepada MT Usrah. Antara Ulama yang bakal menyinggah ke Maahad Ahmadi adalah Al-Habib Ibrahim dari Pahang, Al-Fadhil Al-Ustaz Khusyairi dan Al-Ustaz Zamani.Syeikh Muhammad Nuruddin

Salam Perjuangan kami ucapkan kepada antum semua. Moga-moga antum hari ini lebih baik dari semalam. Tanggal 19 JUN 2009, Syeikh Muhammad Nuruddin yang tidak asing lagi kita menziarahi bumi Negeri Sembilan. Peluang keeemasan ini tidak dilepaskan oleh pihak Usrah Syazuliah untuk endapatkan mutiara ilmu dari insan yang digelar Azharus Tsani. Wakil Usrah Syazuliah mengikuti sesi pertama bersama Syeikh Nuruddin di Pusat Dakwah Islamiah, Seremban. Kali ini Syeikh Nuruddin digandingkan bersama Sahibus Samahah Dato' Hj Yusof Hj Ahmad yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan didalam forum. Syeikh Nuruddin mendedahkan kepada hadirin tentang kelebihan majlis ilmu. Wakil Usrah melaporkan bahawa banyak input-input yang baru didedahkan. Pada sebelah malamnya pula, Syeikh Nuruddin menyambung pengajiannya di Masjid Dato Petra Sendeng. pengajian yang berlangsung selama dua jam setengah membicarakan tentang hadis-hadis qudsi yang dikumpulkan oleh syeikh sendiri. Antara mutiara ilu pada malam itu, Sebuah hadis qudsi yang membicarakan tentang TETANGGA ALLAh. Siapakah dia TETANGGA ALLAH itu?? Mereka adalah orang yang Mengimarahkan Masjid-Masjid dan Mereka yang meminta keampunan di waktu sahur. Wallahu'alam
JADUAL MAJLIS ILMU USRAH SYAZULIAH 2009
HARI- WAKTU- TEMPAT- PENGAJIANISNIN- 11.30 mlm- (Hadramaut) -Syamail Muhammadiah
SELASA- 6.30 ptg- (Musolla) - Halaqah Usrah(Silibus Usrah)
11.30 mlm- Hadramaut- Nasaih Ad-diniyah
RABU- 11.30 mlm- Musolla- Perjumpaan Nuqaba’
KHAMIS- 6.30 ptg- Al-Ikhwan- Tanbih lil Mukmin
JUMAAT- 9.30 mlm- Musolla- Bacaan Surah Al- Mulk
SABTU- 8.30 pg- Musolla- Multaqa Dhuha
-6.30 ptg- Musolla- Halaqah Usrah
9.30 mlm- Musolla- Pejumpaan Nuqaba’
AHAD- 11.30 mlm- HadramauT- Syamail Muhammdiah
Ziarah Habib Khadzim ke Negeri Sembilan

Bismillah..Bersyukur kita kerana Allah masih lagi memberikan nafas untuk hidup di muka bumi ini. Pada 16/3/09 bersamaan hari isnin, seorang ulama' dari Yaman menziarahi Negeri Sembilan ubtuk mencurahkan ilmunya kepada penduduk negeri. Majlis yang diadakan si Masjid Negeri,Negeri Sembilan tidak dilepaskan peluang itu oleh Ahli Usrah Syazuliah. Umar, asri, Syahir, Hafizi, Hilmi dan ramai lagi yang hadir untuk mendapatkan mutiara ilmu dari beliau. Antara yang disampaikan oleh beliau adalah sifat orang mukmin iaitu bersyukur. Banyak bezanya orang bersyukur dengan orang yang tidak bersyukur. Jesteru itu, bersyukurlah kita kepada Allah dengan harapan Allah meredhai kita. Wallahua'lam
Program MAWLID AD-DAIBAI
Bismillah walhamdulillah..dengan kesyukuran ana menulis laporan aktiviti Usrah Syazuliah..
Dengan kerjasama pihak musolla MANS,kami telah berjaya menjalankan program mawlid ad-dibai,yang dihadiri oleh Fadhilatul Sheikh Ali Abd Qadir At-Tohori dan Fadhilatul Sheikh Abd Rauf..bertempat di musolla Maahad Ahmadi E'dadi dan musolla MANS..tetamu hadir pada jam 6.00 ptg di musolla MANS e'dadi..seterusnya Sheikh ali memberikan sedikit tazkirah berkenaan dengan ILmu ALLah...Selepas solat maghrib secara berjamaah ..Para tetamu beransur bergerak ke musolla MANS untuk program seterusnya iaitu MAWLID AD-DAIBAI..Sheikh ALi turut memberikan ijazah dan memberikan nasihat kepada para pelajar..Akhirnya majlis tamat jam 11.30 mlm diikkuti sedikit jamuan yang disediakan pihak kami..Kami dari pihak UsrahSyazuliah mengucapkan ribuan terima kasih kepada naqib dan naqibat yang membantu melancarkan lagi perjalanan program ini..WALLAHU'ALAM
Program Terbaru!!
Program ini adalah kerjasama musolla Maahad Ahmadi,Program ini akan menjemput kembali Sheikh Rauf Dan Sheikh Ali pada 31/10/08..Bismillahirrahmanirrahim..Pada tarikh 28/8/08..Usrah Syazuliah sekali lagi melakar sejarah kerana berjaya membawa masuk ke dalam Maahad Ahmadi seorang Ulama' kecil dari Indonesia..Sheikh Habiburrahman yang baru berumur 9 tahun mempunyai kebolehan yang ALLAH kurniakan kepada nya memberi Tanbih kepada umat islam..Program 120 Minit Shifa' Al-Qulub telah membuka mata Pelajar Maahad Ahmadi NS bahawa dakwah bukannya bergantung kepada faktor umur..WALLAHU'ALAM
Program Hari pendekatan Ilmu Bersama Ulama' ini telah dianjurka oleh pihak Usrah Syazuliah pada tarikh 28-29 Julai 2008 lalu.Program ini bertujuan mendekatkan para pelajar dengan ulama'.Antaran ulama' yang hadir pada program ini adalah Al-Fadhil Sheikh Zakariya,Al-Fadhil Sheikh Abd Rauf,Al-Fadhil Sheikh Ali at-tohiri dan Al-Fadhil Sheikh Shuhadak.
Various Headlines
Featured Stories
MASA KEHIDUPAN
ARKIB AHMADIAH
- DETIK INDAH BERSAMA RASULULLAH (4)
- E-BULETIN (1)
- ENGLISH SITE (2)
- GALERI FOTO USRAH (11)
- GOLONGAN YG DITEMANI MALAIKAT MULIA (3)
- KHUTBAH JUMAAT (7)
- MASALAH (1)
- PESANAN (21)
- PROGRAM SYAZULIAH (18)
- sampaian (21)
- Sisipan Hidayah (7)
- SISIPAN NUQABA' (6)
- TAZKIRAH (22)
- TAZKIRAH RAMADHAN (14)
- USRAH SYAZULIAH (11)
- WASIAT LUQMAN AL-HAKIM (2)