Headlines Today

PERHATIAN SEMUA...

Perhatian!!! Cikgu Azlina dikhabarkan sedand sakit.Jadi dia minta kita khususnya pelajar Maahad Ahmadi untuk doakan dia. Kepada peserta program usrah tarbawi di Port Dickson,tempat ditukar ke Pusat Dakwah Islamiah pada 28,29,30 disember.Call Ust Fuad

Ucapan Amir Usrah Syazuliah

-Ucapan ini di tulis pada 18/11/2009, selepas pelantikan amir yang baharu-


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah summa alhamdulillah, Nasyukurullah taala 'ala ni'amihi allazi an'amana bini'mati islam wal iman wa bini'mati lihaza ijtimak.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat kurnianNya dan dengan takdirNya saya telah dilantik oleh Majlis Lembaga Usrah Syazuliah untuk memegang satu tanggungjawab yang besar sebagai ketua bagi sebuah badan dakwah iaitu Usrah Syazuliah. Saya menganggap ianya sebagai satu ujian dan rahmat Allah kepada saya.

Kesempatan ini saya ingin mengatakan marilah kita menjadi hamba Allah yan taat dan patuh pada arahan dan suruhan agama dengan bepandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Marilah kita bersama-sama merujuk kembali kepada dua sumber yang tidak pernah sesekali menipu da berdusta kepada kita agar kita dapat menjalani kehidupan lebih bahagia. Disamping itu, marilah kita semua berpegang kdengan sabdaan Nabi Muhammad ini" Perbaikilah diri kamu dan serulah selain dari kamu".

Saya berharap dengan perlantikan ini dapat membantu saya untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya dan menjadikan saya lebih mencintai rasulNya. Dengan itu juga saya berharap juga kepada semua ahli usrah dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik agar dapat menangkis jiwa kita daripada masalah sosial yang kian meruncing dalam kalangan remaja hari ini. Saya juga berharap agar ahli usrah bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk memastikan misi dan visi Usrah Syazuliah tercapai.

Akhir kalam, saya memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dalam ucapan saya ini. Sesungguhnya saya hanya hamba Allah yang lemah. Hanya Allah sahaja Maha Berkuasa. Wallahu'alam.

Fadzle Hanafi Jauri
Amir Usrah Syazuliah 2009-2010

Salam Ma'al Hijrah 1431 Hijriah, Satu Penjelasan..



Assalamualaikum w.b.t, Pertamanya, marilah kita sama merafakkan kesyukuran kita kepada Allah denga setinggi kesyukuran kerana masih lagi memberika fursoh(peluang) untuk beramal kepadaNya. Sebuah hadis yang berbunyi "Barangsiapa harinya lebih baik dari semalam, maka beruntunglah ia", mutiara nabawi yang penuh dengan hikamh ini banyak memberikan kesan yang positif kepada mereka yang meletakkan target ataupun meletakkan azzam untuk berhijrah di Awal Muharram ini.

Kedatangan tahun baru ini sudah semestinya membawa cita dan azam yang baru. Antara satu ciri golongan yang gagala dalam hidupnya adalah mereka yang tidak tahu apakah azam yang yang ingin mereka letakkan disudut hati mereka, bahkan lebih teruk lagi azam mereka adalah kepada kemaksiatan!. Jika ditanya kepada semua individu apakah azam mereka pada tahun ini, sudah tentu azam mereka kearah meningkatkan taraf hidup mereka. Jarang dalam kalangan kita hari yang menanam azam untuk 'mensifarkan' maksiat. Jesteru itu, disaat nyawa masih dikandung badan, hidup masih berteman ayuh!!,ledakkan TAQWA kita kepada Allah dengan ledakan maksima agar kita memperoleh Redha dfan Firdausil a'la.

Menjawab persoalan visiter bernama NUR SYAHADAH, awwalan, terima kasih kerana memberikan kritikan yang cukup memberangsangkan. Walaupun sebahagian daripada kami tidak dapat menerimanya dengan hati terbuka namun pihak Ahli Majlis Tertinggi tetap menerima dengan hati terbuka. Sebenarnya pihak Usrah dapat mengesan siapakah yang sebenarnya disebalik NURSYAHADAH kerana didalam Badan Dakwah yang tidak seberapa ini mempunyai beberapa tenaga IT yang boleh dikatakan pakar.

Pihak Usrah sungguh terkilan apabila seorang pelajar yang dikatakan pelajar agama masih lagi tidak memahami konsep dakwah dan tarbiyah. Mungkin NURSYAHADAH ini bekas orang kanan Presiden George w.Bush, Wallahua'lam. Apabila konsep dakwah dan tarbiyah tidak difahami denga jelas ini yang menyebabkan ramai dalam kalangan kita selalu menghentam gerakan dakwah. Pihak Usrah tidak menafikan semua perkara yang didakwa oleh Ad-Daie NUR SYAHADAH tidak benar. Memang benar apa yang dicakapkan oleh NurSyahadah. Pihak Usrah tidak terlalu terburu-buru untuk mengeluarkan kenyataan yang dikawal oleh emosi dan ego seperti NurSyahadah.

Allah tidak menciptakan semua manusia ini sempurna segalanya, hanya Junjungan Besar Nabi Muhammad sahaja yang diciptakannya sempurna. Dalam kehidupan kita ini bukannya semua sempurna. Justeru itu memang tidak sah jika sesebuah gerakan mempunyai pelbagai ragam manusia. Pihak Usrah juga tidak menafikan bahawa didalam Usrah Syazuliah ini tidak mempunyai ahli-ahli sebegitu kerana kami ini bukannya sempurna. Oleh sebab itula kefahaman yang dalam kepada konsep dakwah dan tarbiyah perlu diterapkan kedalam hati manusia. Apabila sudah memahami konsep ini, barulah semua kerja dakwah dan tarbiyah senang dilakukan. Apakah konsep tersebut? Inilah suatu penjelasan khas untuk mereka yang seperti NUR SYAHADAH....

Konsep "ISLAH WA MUSLEH" adalah konsep asas dalam dakwah dan tarbiyah. Jika konsep ini sudah dihalusi oleh seseorang itu sudah memadai untuk beliau untuk berdakwah. Disamping memperhiasakan diri dengan sifat mahmudah dan sifat hubbun nas. Sifat keimanan yang tinggi dan ketaqwaan yang utuh juga perlu dikepilkan dengan peribadi seorang daie. Tindakan menyelar seseorang dengan tuduhan melulu adalah satu tidakan yang boleh dikatakan 'bodoh' kerana tanpa usul periksa tanpa bukti yang kukuh seseorang itu melakukan fitnah yang mencemarkan nama baik sesebuah organisasi. Sebagai contoh, didalam sebuah institusi keluarga seorang ayah dituduh berzina dengan janda disebelah rumahnya. Tindakan melulu ini bukan sahaj mencemarkan nama baik keluarga tersebut bahkan mmenuduh orang tiu melakukan zina. Perbuatan ini lebih teruk lagi dari dosa berzina. Wanau'zubillah min Zalik.

Jadi jelaslah bahawa sesebuah organisasi itu tidak terlepas daripada ahli yang tidak sempurna akhlahknya seperti NUR SYAHADAH. Berikutan hal mengutuk muslimat, mungkin dalam kalangan mereka yang mengutuk itu tidak lagi memegang keahlian USrah SYazuliah.
Walaubagaimanapun, kami dapat merasakan bahawa NURSYAHADAH ini seperti mangsa kutukan tersebut memohon maaf sekiranya terdapat ahli didalam usrah ini yang terlanjur perbuatannya sehingga mengutuk NURSYAHADAH. Sekiranya masih tidak berpuashati, luahkan perasaan anda kepada Nur Zaleha bt Ab Talib( Ketua Usrah Muslimat). Wallahua'lam.

SALAHKAH AKU BERSYUKUR



Aku Juga Seorang Hamba
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita… adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Luasnya neraka


Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wasiat Luqman Al-Hakim (Bhg 1)

Nukilan dan Terjemahan: Al-Fadhil Ustaz Mohd Nizam Ali(Penasihat Usrah SYazuliah)


-SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM-


Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim…? Al-Quranul Karim tidak menjelaskan tentang biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang begitu murni dan amat bernilai. Seandainya biodata Luqman merupakan suatu perkara yang penting, sudah tentu ia dipaparkan dalam Al-Quran. Meskipun demikian, tidak menjadi satu kesalahan, jika dihimpunkan segala perbicaraan ulama mufassirin tentang topik ini.
Berdasarkan riwayat-riwayat yang ma`thur Luqman berasal dari Nobiy yang terletak di Sudan, bahagian selatan Mesir. Beliau adalah seorang yang rendah, berkaki lebar dan terdapat pecah-pecahan yang berbelah, berbibir tebal, hidungnya pesek dan berkulit hitam. Ulama’ berselisih pendapat sama ada beliau seorang pengembala, tukang kayu, tukang jahit atau pengutip kayu api. Ar-Ruba’i menjelaskan: Luqman adalah seorang hamba dan beliau telah dibeli oleh seorang lelaki dari Bani Israel dengan harga 30 dinar setengah.
Ulama’ juga berselisih pendapat sama ada Luqman seorang hamba ataupun tidak. Luqman pernah bertemu dengan Nabi Daud AS dan beliau juga merupakan seorang qodhi yang mengeluarkan fatwa kepada Bani Israeil. Bilamana diutuskan Nabi Daud, Luqman tidak lagi mengeluarkan fatwanya. Apabila ditanya kenapa beliau bersikap sedemikian, beliau menjawab:
ألا أكتفي إذا كفيت
Maksudnya: Tidaklah aku perlu mencukupkanmu, se-dangkan engkau telah dicukupkan.
(Bahr Al Muhid–Abu Haiyan)
Dalam tafsir Al-Muntakhab ada disebut bahawa terdapat nya dua orang Luqman iaitu:
1) Luqman bin ‘Ad (sepertimana kenyataan Ibnu Ha-jar dalam Fathul Bariy) seorang yang popular dan terkenal. Kisah teladannya banyak terdapat dalam buku-buku sastera.
2) Luqman Al-Hakim sepertimana yang diabadi kan dalam Al-Quran.
(Cetakan Majlis Al A`la Li As Syuun Al Islamiyyah: 213)
Ada riwayat yang mengatakan bahawa anak Luqman Al-Hakim tidak memeluk agama Islam, justeru itu Baginda menyeru anaknya supaya mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla tidak mensyirikkan-Nya. Luqman terus memberi nasihat se hinggalah anaknya memeluk agama Islam. Demikian juga halnya dengan isteri Luqman.
Menurut Ibn Abi Dunya: Luqman berterusan memberi nasihat kepada anaknya sehingga anaknya menghembus nafas nya yang terakhir.
Ada juga riwayat yang mengatakan: Anak Luqman telahpun memeluk Islam, tegahan syirik dalam wasiat sebagai ingatan dan berwaspada kerana kemungkinan ia akan berlaku di kemudian hari.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 7: ms 128)
Ibn Hisham menyebut: Suwaid bin As Shomit tiba di Mekah dan membawa “Manuskrip yang mengandungi hikmah Luqman”, ia menunjukkannya kepada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW pun bersabda:
إن هذا الكلام حسن والذي معي أفضل قرآن أنزله الله عليّ هو هدى ونور، ودعاه للإسلام
Maksudnya: Ini adalah ungkapan yang menarik, tetapi apa yang ada padaku adalah lebih baik, iaitu Al-Quran yang diturunkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepadaku. Ia adalah petunjuk dan nur. Lalu Baginda menyerunya kepada agama Islam.

Diriwayatkan bahawa seorang yang berkulit hitam telah
datang kepada Saeid Ibn Musaiyab dan bertanya kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Janganlah bersedih lantaran kulitmu berwarna hitam. Sesungguhnya terdapat tiga orang (berkulit hitam) berada dalam golongan manusia yang terbaik iaitu: Bilal, Muhajji’ hamba kepada Umar Ibn Al-Khattab dan Luqman Al-Hakim.
(Tafsir Al Tobariy: jil 20: ms 26)

Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim (seorang yang bijaksana)
Ibn `Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, maka Allah ‘Azza Wa Jalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata: “Tuhanku! sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya engkau akan memeliharaku.”
Ulama’ telah bersepakat mengatakan: Luqman adalah seorang yang bijaksana, bukannya seorang nabi. Hanya Abu Haiyan sahaja yang telah meriwayatkan daripada ‘Akrimah dan ash-Sya‘bi yang mengatakan: Luqman adalah seorang nabi.
Sebahagian ulama’ mengatakan, Luqman telah diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah. Maka beliau memilih hikmah.
Salman Al-Farisiy menjelaskan: Luqman telah memilih ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla daripada yang selainnya, dengan itu beliau menperolehi hikmah.
Ibn Al-Munir Al-Iskandarani dan Ibn Kathir tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Luqman diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 1; hal: 83)
Ibn Katsir berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari, tidak pernah meludah, tidak berkahak, tidak membuang air besar dan air kecil, tidak pernah mandi, tidak bermasam muka dan tidak ketawa, tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya, pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah.
(Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)
Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama` dan mufassirin mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukan seorang nabi. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyebut nama Luqman di dalam Al-Quran dan mengangkat martabat nya. Terdapat athar-athar yang membidas pendapat ini dengan mengatakan Luqman adalah seorang hamba Habsyi, dengan itu beliau tidak layak menjadi nabi. Sepertimana yang telah diketahui,nabi ialah seorang yang merdeka dari ka langan Bani Adam, menerima wahyu dan membawa syari’at, sama ada diperintahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla agar menyampaikannya kepada seluruh umat manusia ataupun tidak. Ayat Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa Luqman seorang yang bijaksana (Al-hakim), bukannya seorang nabi.
(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al Hakim Fi Al Quran)

Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Di dalam
Al-Quran
Nadhr Ibn Al-Harith telah membelanjakan hartanya kepada perkara-perkara hiburan yang melalaikan. Beliau telah pergi ke Farsi untuk mendapatkan pelbagai kisah-kisah dongeng dan humor. Kemudian ia menemui kaum Quraisy lalu menceritakan hikayat-hikayat tersebut kepada mereka. Beliau berkata: “Sesungguhnya Muhammad menceritakan kepada kamu tentang kaum A’d dan Thamud, dan aku menceritakan kepada kamu tentang Rustum, Isfindiyar dan golongan bangsawan.” Kaum Quraisy menjadi asyik dengan cerita dongeng tersebut sehingga tidak mahu mendengar Al-Quran.
(Asbab Al Nuzul Al Naisaburiy: 400, Kisah Al Quran: 294)

Antara Hikmah Terawal Yang Diungkapkan Oleh Luqman.
Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Di bawah ini dipaparkan antara hikmah Luqman yang terawal.
Berkata Ibn Abi Nujaih: Tuan Luqman telah memerintahkannya agar menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya bahagian yang terbaik dan bahagian yang terburuk. Lantas beliau membawa lidah dan hati kambing. Tuan Luqman bertanya: Apakah ini? Luqman menjawab: Tiada yang lebih baik daripada kedua-dua ini pada haiwan apabila kedua-duanya baik, tiada yang lebih buruk dari kedua-kedua ini pada haiwan apabila kedua-dua ini buruk. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
المرء بأصغريه: قلبه ولسانه
Maksudnya: Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya.
Sebahagian ulama’ mengatakan, hikmah Luqman yang terawal ialah ungkapan: “Duduk yang lama ketika menunaikan hajat besar dan kecil mewarisi buwasir, wap kotor akan naik ke kepala dan merosakkan hati, dengan itu maka duduklah dengan tenang dan bangunlah dengan tenang.”
Ad-Dhohak meriwayatkan daripada Ibn Abbas: Luqman tidak bercakap selama setahun. Kemudian datang kepadanya anak para Nabi dan para hukamak, lantas mereka berkata: “Bercakaplah.” Luqman pun menyahut: “Tiada kebaikan pada pertuturan, melainkan dengan mengingati Allah ‘Azza Wa Jalla, tiada kebaikan pada diam melainkan dengan berfikir tentang pengembalian.”
(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al-Hakim Fil Quran)

Various Headlines