Headlines Today

Usrah Syazuliah

Pesanan

Kami dari pihak Usrah Syazuliah mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Lebaran",maaf zahir dan batin..

RAMADHAN KEDATANGAN MU DI NANTI PEMERGIAN MU DI TANGISI…



RAMADHAN KEDATANGAN MU DI NANTI PEMERGIAN MU DI TANGISI…

Oleh:Mohd Zulhafizi b.Salim @ eigie naib pengarah usrah syazuliah

Alhamdulillah dengan kekuasaan ALLAH s.w.t dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai rahmat didalamnya.ALLAH menganugerahkan kita setahun mempunyai 12 bulan tetapi hanya satu bulan sahaja ALLAH menganugerahkannya 1001 nikmat yang tidak terkata.

Sahabat -sahabat yang dikasihi ALLAH,

Kedatangan ramadhan dinantikan kerana di dalamnya terdapat 1001 nikmat,bukan semua manusia yang bertaburan diatas muka bumi Allah menantikan kedatangan ramadhan.Hal ini kerana mereka tidak mengamati erti ramadhan.

Kita mesti tertanya-tanya mengapa mesti kita nantikan ramadhan?Apa itu ramadhan? Ini adalah persoalan bagi orang yang belum mengenali erti ramadhan.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Kita seharusnya menantikan kedatangan ramadhan dengan penuh pengharapan,oleh itu barulah kita merasakan ramadhan adalah bulan yang hebat.Bagi para ulama’,mereka mewajibkan diri mereka menantikan kehadiran ramadhan kerana mereka memahami erti ramadhan dengan sebenar-benarnya serta mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung didalam ramadhan.

Rahsia ramadhan sebenarnya terlampau banyak sehinggakan orang yang dipilih jiwanya sahaja akan berasa sedih apabila bakal ditinggalkan oleh ramadhan.Rahsia pertama yang menjadi suntikan utama mereka nantikan ramadhan ialah mereka ingin mengubah tingkah laku pada bulan yang penuh barakah ini.Satu persoalan yang mungkin kita timbulkan ialah “kenapa tunggu ramadhan baru nak mengubah tingkah laku kita?

Sahabat-sahabat yang dimuliakan ALLAH,

Sahabatku memang tidak sepatutnya kita menuggu ramadhan untuk mengubah tingkah laku kita tetapi ramadhan mempunyai keistimewaan sendiri.Telah bersabda baginda RasuluLLAH s.a.w:daripada Hazrat Abu ‘Ubaidah r.a beliau berkata saya telah mendengar RasulALLAH bersabda “ Puasa adalah perisai,selama mana dia tidak memecahkannya”. ( sumber:Fadhail Amal,Muhammad Zakariya Khanlandawi)

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,

Melalui sabdaan baginda, ramadhan adalah satu perisai yang mampu melindungi orang yang membuat amal kebaikan didalamnya.Ramadhan juga merupakan bulan pentarbiyahan roh ini kerana pada bulan yang mulia ini ALLAH TA’ALA membelenggu makhluknya yang ingkar perintahnya semasa penciptaan Adam a.s(syaitan). jadi ini memudahkan dalam proses menggubah tingkah laku kita

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH,

Dari segi sains pula,berpuasa di bulan ramadhan mampu mengaktifkan sel-sel didalam otak serta menjadikan minda kita cerdas,syair arab ada mengatakan;orang yang memuja perut bukanlah orang yang berakal kerana perut yang penuh menyebabkan akal kosong.(syair daripada Maulana Sa’di r.a.)

Sahabat-sahabat yang diredai ALLAH,

Bukan sekadar ini sahaja rahsia ramadhan, terdapat satu rahsia yang paling agung didalam bulan ini iaitu Laillatul Qadr.ALLAH TA’ALA berfirman mengenai laillatul qadr yang berbunyi “sesungguhnya malam kemulian(laillatul qadr)lebih baik daripada seribu bulan”.

Laillatul Qadr hanya diturunkan pada malam ramadhan sahaja bahkan laillatul qadr lebih baik daripada seribu bulan.Cuba kita bayangkan kalau kita tidak mendapat laillatul qadr berapa banyakah amalan yang diperlukan untuk menjadikan amalan kita seumpama laillatul qadr.Marilah kita bersama-sama menghayati ramadhan setiap tahun sebagaimana ulama’menghayati ramadhan serta berusaha mencari 1001 nikmat yang disediakan.


Bismillahirrahmanirrahim..Pada tarikh 28/8/08..Usrah Syazuliah sekali lagi melakar sejarah kerana berjaya membawa masuk ke dalam Maahad Ahmadi seorang Ulama' kecil dari Indonesia..Sheikh Habiburrahman yang baru berumur 9 tahun mempunyai kebolehan yang ALLAH kurniakan kepada nya memberi Tanbih kepada umat islam..Program 120 Minit Shifa' Al-Qulub telah membuka mata Pelajar Maahad Ahmadi NS bahawa dakwah bukannya bergantung kepada faktor umur..WALLAHU'ALAM
Ramadhan hampir masuk hari 10..tapi apa kita telah lakukan sepanjang ia nya berlalu.??jadikan Ramadhan kali ini ramdhan yg bermakna bagi kita..dan jadikan Ramadhanm kali ini sebagai salah satu platform kita untuk menjana ketakwaan kita kita dan platform untuk mengubah sikap kita!!WALLAHU'ALAM
Ramadhan Karim..AHLAN WASAHLAN..Ramadhan dah datang apa persediaan kita??
KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’
Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
Dibebaskan dari api neraka.
Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'. Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Program Hari pendekatan Ilmu Bersama Ulama' ini telah dianjurka oleh pihak Usrah Syazuliah pada tarikh 28-29 Julai 2008 lalu.Program ini bertujuan mendekatkan para pelajar dengan ulama'.Antaran ulama' yang hadir pada program ini adalah Al-Fadhil Sheikh Zakariya,Al-Fadhil Sheikh Abd Rauf,Al-Fadhil Sheikh Ali at-tohiri dan Al-Fadhil Sheikh Shuhadak.

Various Headlines