Headlines Today
Antara Syarat-syarat untuk menjadi Khalifah (pemimpin).
1. Berpengetahuan tinggi dengan erti yang sebenarnya,bukan berdiploma tinggi, kerana ia akan memimpin dan mentanfizkan segala hukum Allah dan peraturan-peraturan-Nya, baik terhadap rakyat yang beragama, atau orang-orang yang tidak beragama, mahupun terhadap negara. Orang yang tidak mengetahui hukum Allah tentunya tidak dapat menjalankannya dengan sempurna.
2. Adil dengan erti yang luas, bererti menjalankan segala kewajipan dan menjauhi segala larangan serta dapat menjaga kehormatan dirinya. Khalifah selain dia sendiri wajib mentanfizkan hukum, juga berkewajipan mengawasi segala hukum yang dijalankan oleh wali-wali negeri yang diserahinya.
2. Kifayah, ertinya bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap untuk menjalankan pemerintahan, memajukan negara dan agama, sanggup membela keduanya dari segala ancaman musuh.
4. Sejahtera pancaindera dan anggotanya, dari segala yang mengurangkan kekuatan (berfikir atau kekuatan jasmani atau tenaga bekerja).
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu
sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai
pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang yang zalim". (al-Maidah:51)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin Atau ketua) orang yang
menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu
dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu
sungguh-sungguh orang beriman". (al-Maidah : 57)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu ambil sebagai sahabat setia lain daripada golongan
kamu; mereka itu tidak henti-hentinya berikhtiar menarik kecelakaan keatas kamu, mereka itu suka
apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka itu, tetapi apa
yang tersembunyi dalam hati mereka itu adalah lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda
kepada kamu, jika kamu (mahu berfikir)". (Ali-Imran : 118)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua (pemimpin);
padahal mereka itu bukan dari kalangan Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan
yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?". (al-Nisa' : 144)
"Ingatlah! Kamu ini mengasihi mereka itu sedangkan mereka tidak mengasihi kamu dan kamu
percaya kepada seluruh kandungan al-Quran sedang mereka apabila bertemu denganmu mereka
berkata: 'Kami beriman', tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah
bercampur benci kepada kamu. Katakanlah kepada: 'Matilah kamu bersama kemarahanmu itu',
Allah mengetahui apa yang terkandung dalam dadamu". (Ali-Imran :119)
"Berilah khabar kepada orang munafiq, iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin -
bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu?
Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi Allah". (al-Nisa' : 139)
"Allah sekali-kali tidak memberi jalan bagi orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin".
(al-Nisa':141)
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu
menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi
pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah orang yang zalim". (al_Taubah : 23)
Organisasi Dah berubah..

Bismillah..ehm malam 9/1/09,Pihak Usrah telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-3,Dalam mesyuarat ini banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Pihak pengurusan yang lama untuk membantu pengurusan baru ini..Hj Umar telah dipilih untuk menjadi Pengarah Urusan yg baru walaupun ada yang meminta Pengarah Urusan yg lama dikekalkan tetapi akh al-faqir asri mempunyai komitmeen yang lainmdalam organisasi ini dan organisasi sekolah berharap agar usrah ditadbir oleh pengurusan yang baru.Didalam mesyarat ini juga pihak urusan juga membincangkan dan menyusun program2 yang akan dijalankan pada tahun ini.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 mlm,ramai muka baru yang diberi amanah memegang jawatan dalam organisasi usrah.Wallahu'alam.
-AnAk Sholeh-

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia
akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab
pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi
Musa bertanya kepada Allah SWT...
“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat
yang diberitahu.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong
dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh
kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan
diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan
dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.
Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.
“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,
terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT
telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah
urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap
melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun
mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan
wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil
baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada
khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana
dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa.
Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan
urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana
mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa
yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat
tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit,
cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.
-Coretan Ma'al Hijrah 1430-
Selepas sebulan umat islam mengerjakan rukun islam yang ke-5,tibalah masanya yang dimana bulan Dzulhijjah akan meninggalkan kita,bulan Dzulhijjah bulan terakhir didalam taqwim islam ataupun yang didengari taqwim hijri.Sebuah hadis yang menggambarkan fadhilat di bulan Zulhijjah ini. “Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan padanya amalan-amalan yang lebih dikasihi oleh Allah daripada hari ini(iaitu hari-hari permulaan Zulhijjah 1-10hb). Para sahabat bertanya: Biarpun tanpa jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Jihad dalan Allah pun tidak, kecuali seorang yang keluar menyabong nyawanya dan mengorbankan hartanya dan tidak kembali lagi”..Hadis ini menceritakan fadhilat di bulan Zulhijjah ini..Menjelang tahun baru hijriah,banyak peristiwa yang berlaku di luar pemikiran batas kita,di antaranya bencana alam yang meragut banyak nyawa,perubahan secara drastik global,dan keadaan islam yang makin di pinggir sebagai panduan hidup mahupun di negara islam sendiri.Selang beberapa hari kita menyambutnya iaitu tahun baru hiijriah tiba pula tahun baru masihi iaitu 2009.Menyingkap peristiwa yang berlaku di dalam bulan Muharram ini,dimana Rasulullah y berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk menurut perintah Allah s.w.t,di sebalik hijrah Rasulullah bersama para sahabat,ramai dikalangan para sahabat yang sanggup berkorban harta benda demi menegakkan agama islam yang di bawa oleh Rasulullah ketika itu,Sayidina Abu Bakar As-siddiq sanggup meninggalkan kekayaan yang dimilikinya hanya semata-mata untuk berhijrah menegakkan islam bersama Baginda s.a.w begitu juga Sayidina Abdur Rahman bin Auf yang terkenal dengan seorang hartawan turut meninggalkan harta disamping menginfakkan di jalan Allah.
Begitu besar pengorbanan Rasulullah y bersama para sahabat yang sampai hari ini sejarah islam tidak pernah melupakan jasa Baginda y dan para sahabat.Tetapi hari berganti hari kita lihat ramai dalam kalangan kita hampir saja lupa akan mereka,lupa akan pengorbanan mereka yang dimana tanpa mereka tanpa Baginda y,islam tidak tersebar hingga ke hari ini,ada di antara kita yang di mana melupakan tanggungjawab mereka dan tidak tahu malu apabila meninggalkannya..begitu sohih kata-kata Rasulullah y yang berbunyi “In lam tastahi fasna’ ma shi’ta..yang bermaksud jikalau kamu tidak tahu malu,buatlah apayang kamu kehendak”.Hadis ini memang memberikan kesan yang dalam kepada sesiapa yang menghayatinya.Hari ini mengikut statistik sebuah badan swasa(NGO) kelahiran bayi yang didaftarkan tanpa ayah amat memeranjatkan!!!.Angka 250000 seakan-akan menjadi angka bilangan yang sedikit.Begitu juga dengan laporan seorang kakitangan sebuah hospital yang mengatakan di hospitalnya laporan kelahiran seperti ini tidak kurang dari 50 kes sebulan. “ Allahu Rabbi”.Ini hanya kes zina bagaimana pula dengan keadaan mungkar yang lain.?!
Sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya “Tiada jihad yang lebih besar dan dahsyat melainkan jihad kepada nafsu”Hadis ini menggambarkan betapa susahnya untuk melawan nafsu,hal ini disebabkan nafsu adalah punca segala-galanya,misalnya nafsulah punca zina,nafsulah punca merogol,nafsulah punca rasuah berleluasa,nafsulah punca orang dianiaya,dan nafsulah punca segala maksiat berleluasa.Zina hanya berlaku disebabkan seseorang itu hanya berakalkan manusia dan bernafsukan haiwan bahkan mereka yang berzina tanpa rasa malu sesama sendiri diumpamakan oleh Allah sebagai haiwan ternakan bahkan lebih teruk daripada mereka(haiwan ternakan) kerana Allah mengurniakan akal untuk berfikir baik dan buruk tetapi mereka tidak memanfaatkannya.Begitu juga dengan merogol,kerana tidak tahan nafsu yang menggoda akibat kesan media mahupun kesan serangan alternatif yang digunakan oleh mush islam,mereka sanggup merogol untuk memuaskan nafsu syahwat mereka,itu yang sampai kedengaran oleh kita “bapa rogol anak.abang ipar rogol adik ipar,datuk rogol cucu” ini semua berpunca daripada nafsu kita yang tak pernah merasa puas dengan yang ada.Hari ini terpampang aktiviti rasuah yang menjadi kebiasaan orang ‘berduit’ dan ‘berjawatan’ didalam sesebuah institusi.Jika mereka berasa qanaah dengan apa yang mereka miliki semestinya mereka tidak akan lagi mengejar kekayaan dan kemewahan dunia yang sementara,untuk apa kita mengejar kekayaan!!Duit tidak boleh beli kebahagiaan,keselamatan,dan keselesaan di akhirat mahupun dunia!!Sedarlah wahai manusia memanglah duit segala-galanya,tetapi ingatlah segala-galanya bukan dengan duit!!Sebuah Hadith Rasulullah S.A.W yang menceritakam tentang rasuah ini.. “La’ana Rasulullah s.a.w arrashi wamurtashi”yang bermaksud “Rasulullah s.a.w melaknat perasuah dan penerima rasuah”..Ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa besar kebencian Rasulullah terhadap orang yang melakukan rasuah ini,jika Rasulullah sudah membenci apatah lagi dengan Allah?!!Fikirkan lah..
Sempena tahun baru hijriah 1430 ini,marilah kita tingkatkan iman kita yang makin hari makin luntur akibat daripada kesan daripada serangan secara senyap musuh-musuh islam laknatullah alaihim!!.Tengoklah hari ini berapa ramai manusia yang mengaku bahawa dirinya islam tetapi sejauh mana dia mengamalkan islam tersebut,dan sejauh mana mereka menghayatinya dan sejauh mana mereka mengasihi agama yang kira-kira dianutinya itu.Allahu Akbar!!cukuplah ana bawakan satu contoh untuk dijadikan iktibar bagi kita semua.Hari ini jangan terkejut jika anak-anak kita,adik-adik kita,ibubapa kita,keluarga kita,qarabat kita,taulan kita lebih memuja,lebih mengenal,lebih mendalami para artis daripada mengenali,mendalami sunnah yang ditinggalkan,memahami adab-adab yang ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,inilah penyakit yang dialami oleh kebanyakan umat islam hari ini,malahan tidak malu ketika tersalah menyebut nama para anbiya’,para auliya’i solihin,para ulama’ bahkan diejek pula nama-nama mereka waiya’uzbillah,tetapi mereka merasa malu apabila tersalah sebut nama-nama artis pujaan mereka,malu ketika salah memanggil nama jolokannya,inilah hakikat umat islam hari ini.Dari contoh yang ana bawakan ini,jelas sekali umat islam hari ini lebih mementingkan hiburan,wang,artis pujaan,dan kecantikan daripada mementingkan agamanya sendiri.Hari ini anak-anak kita lebih suka dan gembira dapat masuk ke rancangan reality yang hanya semata-semata inginkan popularity dan hanya semat-mata ingin menjadi orang yang diminati ramai.Sedarlah wahai rakan-rakanku,percayalah yang kamu kejar itu hanya sementara,buktinya dah ada dihadapan mata kita,hanya diri sendiri sahaja nak percaya mahupun tak nak.
Dalam menempuh onak kehidupan ini hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja yang dapat melindungi kita dari segala-galanya.Mafhum dari Sabda Rasulullah “aku tingglkan kamu semua dua perkara,selagi kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat selamanya,iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”jadi hanya dengan 2 harta pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi kita ini dapat memandu kehidupan kita agar menjadi kehidupan yang diredhai oleh Allah dan diberkati oleh Baginda Nabi y.Di akhir kalam ini,sempena Tahun Baru Hijriah ini,sama-samalah kita berhijrah dan berazam untuk menegakkan kalimah tauhid Allah supaya syiar agama Allah ini terus terpancar ke saentero dunia.Ana berpesan kepada diri ana sendiri dan semua muslimin dan muslimat agar kita berhijrah dari takuk yang lama ke takuk yang baru,dari seorang yang malas bersolat secara berjamaah berhijrah kepada seorang yang rajin bersolat secara berjamaah,dari seorang yang malas membaca al-quran kepada seorang yang rajin membaca al-quran ‘ala kulli hal
kepada yang buruk/maksiat kepada yang baik/soleh.Lakukanlah semua kerana Allah,walupun ianya memerlukan sedikit pengorbanan dan ingatlah hanyasanya Allah juga suka akan mereka berhijrah kepada kebaikan kerana mencari keredhaan dan keranaNya.Seperti Sabda Rasulullah y “orang yang berhijrah adalah orang yang menjauhi apa yang dilarang oleh Allah untuk melakukannya”(hadis riwayat bukhari&muslim).Bagi pihak usrah,kami akan berhijrah untuk memantapkan lagi usaha kami untuk berdakwah dan usaha mengislahkan diri kami.Hanya keredhan Allah juga kami pohonkan dan segala salah kami pohon seribu kemaafan dari semua pihak dan kami mohon keampunanNya agar usaha kami selama ini tidak menjadi sia-sia di akhirat kelak.Sambutlah tahun baru hijriah mahupun masihi ini dengan rasa penuh kesyukuran disamping menyambutnya mengikut syariat yang telah ditetapkan.Haza Wallahua’lam.-SALAM MA’AL HIRAH DARI KAMI USRAH SYAZULIAH-
Katabalahu al-faqir
-Menziarahi Saudara Muslim-
Daripada Abi Ruzain al_U'qaily,Rasulullah bersabda:Wahai Abu ruzain,sesungguhnya apabila seorang muslim menziarahi saudaranya nescaya ia akan diiringi oleh 70 ribu Malaikat yang mendoakannya:"Ya Allah,sebagaimana dia menghubungkan silaturrahim keranaMu,maka sambunglah ia akan silaturrahim kepadaMu juga"(riwayat tabrani)
Usrah Syazuliah 2009


Bismillahirhamnirrahim...Salamullah alaikum..ehm..pada kali nie Pihak Pengurusan Usrah nak mewar-warkan bahawa pihak pengurusan ingin meminta pandangan dan cadangan program untuk dilaksanakan pada thun 2009 yang akn datng kepda pengunjung dan ikhwan usrah nie...Tujuan Pihak usrah melakukan ini adalah untuk memantapkan lagi pengurusan program usrah..Jadi cadangan bernas para pengunjung mahupun ikhwan boleh disampaikan melalui ruangan "kalam muhibbah" di web ini..segala cadangan adalah didahului dengan ucapan Syukran Jazakumullah Khairan Kathira!
Disamping itu..mulai bulan ini..Pihak Pengurusan Usrah akan menambah 1 slot baru di web ini..Slot Golongan Yang Ditemani Para Malaikat...slot ini adlah berpandukan kitab yang ditulis Al-fadhil Syeikh Nurruddin Al-banjari Al-makki iaitu 'haula' fi suhbatil malaikatil kiram"..jadikan slot baru nie yang terkandung didalam nya Mutiara Hadis sebagai pedoman hidup..Wallahu'alam..
Bila Solat Di Pandang Enteng!
Bismillah..ehm..hari nie pihak usrah nak suarakan kan lah sedikit masalah yang hampir kita tak sedar..SOLAT..merupakan 1 perintah Allah..seperti firman Nya Aqimissolah..jadi solat nie memnag penting..tapi hari nie..kita selalu memandang acuh tak acuh ngn solat nieee...Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini berkenaan sikap atau tanggapan sesetengah
masyarakat memandang enteng amalan solat yang menjadi teras kepada keIslaman selepas
melafazkan kalimah syahadah. Contohnya kalau sakit sahaja maka mereka beranggapan terluputlah
kewajipan solat itu walau pun sakit tu tak seberapa. Bila anggota wudhu' berbalut luka maka itu
dijadikan alasan untuk tidak bersolat. Dan apabila berpergian ke suatu tempat yang jauh maka itu
dijadikan sandaran untuk tidak bersolat. Dan apabila sibuk sahaja, itu juga turut dijadikan modal untuk
tidak bersolat. Dan ada pula dengan mudah mengqadhakan sahaja solat apabila berlaku sebarang
gangguan. Sesetengah dikalangan kita beranggapan apabila menunaikan solat mesti lengkap dengan
kain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok hitam. Jika tidak maka tak sempurnalah amalan solat itu.
Begitulah longgarnya fahaman berkenaan solat itu. Menjadikan kefardhuan solat hanya dilakukan di
waktu senang dan aman sahaja. Wal hal Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Bermakna
jika tiang tidak didirikan seolah-olah telah meruntuhkan agama. Kalau hanya melakukan amal soleh
seperti puasa, zakat, berakhlak mulia, tolong menolong dan segala bentuk amal yang lain tetapi solat
diabaikan. Yang pasti amal itu tidak diterima Allah. Bagaimana amalan lain hendak diterima Allah
sedangkan asas dan tiang iaitu solat tidak didirikan. Sedangkan amal-amal yang lain itu bertindak
umpama dinding, tingkap, bumbung yang melengkapkan terbinanya sebuah rumah.
Islam amat menitikberatkan supaya solat tetap diamalkan oleh hambaNya. Sebab itu Islam
menyediakan kelonggaran bagi sesiapa yang uzur yang tidak boleh bersolat seperti biasa, dibenarkan
solat duduk, kalau tak boleh di benarkan berbaring atau mengiring. Kalau tak boleh juga hanya melalui
gerakan kelopak mata pun masih dibenarkan. Begitu juga bagi yang bermusafir, Islam memberikan
bonos kepada ummatnya supaya mengerjakan solat secara jamak atau qasar. Selain itu bagi yang
tidak boleh berwuduk seperti biasa dibenarkan bertayammum. Pendek kata walau dalam keadaan mana
sekalipun situasi dan kondisi seseorang itu, solat pasti dikerjakan. Qadha solat hanya dibenarkan
kepada mereka yang terlupa dan tertidur sahaja. Tak lebih dari itu.
Tok anjang bukan nak mengajar itik berenang kerana memang begitu fitrahnya itik. Jika tidak diajarpun
itik tetap boleh berenang. Cumanya dalam hal solat ini kita saling memperingati di antara satu sama
lain. Kadang-kadang kita dialpakan dengan kesibukan dan kecanggihan hidup dizaman ini. Yang pasti
walau dalam keadaan mana sekalipun dan kita berada di zaman apa jua, solat lima waktu mesti
ditunaikan. Itulah amal yang tidak boleh dikesampingkan.
Various Headlines
Featured Stories
MASA KEHIDUPAN
ARKIB AHMADIAH
- DETIK INDAH BERSAMA RASULULLAH (4)
- E-BULETIN (1)
- ENGLISH SITE (2)
- GALERI FOTO USRAH (11)
- GOLONGAN YG DITEMANI MALAIKAT MULIA (3)
- KHUTBAH JUMAAT (7)
- MASALAH (1)
- PESANAN (21)
- PROGRAM SYAZULIAH (18)
- sampaian (21)
- Sisipan Hidayah (7)
- SISIPAN NUQABA' (6)
- TAZKIRAH (22)
- TAZKIRAH RAMADHAN (14)
- USRAH SYAZULIAH (11)
- WASIAT LUQMAN AL-HAKIM (2)