Headlines Today
Gerhana Matahari, Satu Peringatan!!
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jemaah sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Sempena kejadian gerhana matahari pada petang ini, mimbar akan membicarakan tajuk: “Gerhana Matahari Satu Peringatan ”.
Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,
Sesungguhnya kejadian gerhana bulan dan matahari adalah dua tanda yang membuktikan bekesaran, keluasan, kehebatan ciptaan, dan kasih sayang Allah SWT kepada umat manusia. Dua minggu lalu kita menyaksikan kebesaran Allah SWT melalui kejadian gerhana bulan. Hari ini, kita sekali lagi berpeluang menyaksikan pula kejadian gerhana matahari yang jatuh pada hari Jumaat di bulan Muharram 1431.
Dengan mengamati kehebatan dan kesempurnaan sistem perjalanan bulan dan matahari ini, maka akan semakin tinggi ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Walaupun ada di kalangan sesetengah pihak mengatakan kejadian ini sebagai fenomena astronomi dan sifat alam semulajadi, tetapi Islam mengajar umatnya agar menjadikan kejadian yang jarang-jarang berlaku ini sebagai peluang meyingkap tanda keagungan dan kebesaran Allah SWT.
Allah SWT telah banyak menyebut tentang kebesaran dan kekuasaan-Nya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada satu zarah pun dari alam cakerawala ini yang terlepas dari pengawasan Allah termasuk matahari. Tabiat matahari yang beredar di atas paksinya adalah bukti kepatuhan makhluk ini kepada ketentuan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Yaasin ayat 38-40:
Maksudnya: “Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
Menginsafi betapa kehebatan kejadian di alam ini, maka Islam menganjurkan umatnya mendirikan solat khusus sempena kejadian gerhana matahari. Hakikatnya, kejadian ini memberi banyak pengajaran khususnya dalam mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,
Gerhana matahari yang berlaku adalah perintah Allah untuk mengingatkan manusia supaya bertaubat, memohon ampun dan sentiasa membesarkannya. Perbuatan ini adalah sunat muakkad kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya ketika berlaku gerhana matahari. Apabila terjadinya gerhana matahari, baginda SAW bergegas ke masjid menyeru kaum muslimin untuk bersama solat gerhana matahari. Selesai daripada solat, baginda SAW naik ke mimbar menyampaikan khutbah yang mengandungi nasihat yang sangat penting. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a:

Mafhumnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)
Antara intisari nasihat baginda ini ialah pertama, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta berserah diri hanya kepada Allah; kedua, banyak merenung rahsia ciptaan Allah supaya memperoleh rasa cinta yang tinggi; ketiga, berwaspada menghadapi fitnah zina; dan keempat, kemuncak taqwa ialah kurangkan keseronokan dan banyakkan keinsafan.
Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,
Perlu kita insafi bahawa sekalipun matahari adalah makhluk Allah yang hebat dan tidak pernah derhaka kepada Allah, namun ia tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah. Justeru, tidak hairan manusia yang merupakan makhluk kerdil ini pun ditimpa pelbagai kesulitan dan kepayahan; lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang menderhakai Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah al-Mu’min ayat 58:

Maksudnya: “Dan sememanganya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang celik, dan juga tidaklah sama orang yang beriman serta beramal salih dengan orang yang melakukan kejahatan. Sedikit sangat kamu beringat dan insaf.”
Ayat tadi mengingatkan bahawa seseorang itu tidak akan ditimpa mudarat kecuali pada dua perkara. Pertama, mereka enggan atau lalai mengingati kebesaran Allah SWT; dan kedua, mereka ingkar mematuhi perintah dan tegahan Allah SWT. Ingatlah, golongan yang lalai daripada mengingati Allah adalah golongan yang rugi sepanjang hidup dan tertutup pintu ke syurga. Manakala golongan yang ingkar perintah Allah adalah golongan yang melakukan maksiat dan terbuka untuknya pintu ke neraka.
Mengakhiri khutbah ini, mimbar sekali lagi menegaskan bahawa kejadian gerhana matahari ini memberi iktibar kepada kita beberapa perkara iaitu:
(1) Menambah keyakinan kita bahawa sekalian makhluk adalah di bawah penguasaan Allah.
(2) Menunjukkan bahawa kita sentiasa terdedah kepada cubaan dan dugaan Allah.
(3) Memperlihatkan bayangan peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat kelak, dan
(4) Kedatangan azab Allah bukan sahaja terkena kepada yang berdosa, malah kepada mereka yang salih.
(5) Berdoa sewaktu melihat kebesaran Allah adalah amalan golongan solihin.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah SAW kerana ia adalah jalan yang membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Semoga dengan itu kita lebih bertaqwa dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.

Maksudnya: “Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan Kami telah berikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran.”. (Sural al-Israa’: 59)

Khutbah Kedua


Maksudnya: “Ia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? Maka (hari kiamat akan datang) apabila pandangan menjadi berpendar-pendar (kerana gerun takut). Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. Maka pada hari itu, berkatalah manusia: Ke manakah hendak melarikan diri? Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.”



SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : ‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’
Maka jawabnya Rasulullah saw ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’
JENIS MANUSIA
http://resthour.blogspot.com/
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
"Allah, NamaMu Ku Sayang, HukumMu Ku Terajang!!"
http://pendikargunung.blogspot.comHari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.
Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.
Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.
Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:
i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)
ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)
iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)
iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)
v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)
vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)
vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)
viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)
ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)
x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)
Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.
Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.
http://pendikargunung.blogspot.com/
ISU KALIMAH ‘ALLAH’ : ALLAH FOR ALL
Sesuatu hukum dalam Islam, memerlukan kepada dalil. Jika mahu dikatakan boleh, dimanakah dalilnya? Dan jika mahu dikatakan tidak boleh, dimanakah dalilnya?
Dalam manhaj istinbat, Imam Ghazali tidak sealiran kaedah dengan Imam Abi Walid Al-Baji. Manhaj Imam Ghazali, sebarang pengistinbatan terhadap kewujudan sesuatu hukum, memerlukan kepada dalil, tetapi dalam menyatakan sesuatu itu tiada hukum, maka ia tidak perlu kepada dalil. Manhaj ini berbeda dengan Imam Abi Walid Al-Baji yang menyatakan, mengistinbatkan hukum dan menyatakan tiada hukum, kedua-duanya perlu kepada dalil.
Walaubagaimana pun, dalam isu menyebut kalimah Allah bagi non Muslim, Apakah dibenarkan atau tidak, ia memerlukan kepada dalil dalam menyatakan keizinannya. Adapun jika kita adalah golongan yang mengatakan tidak boleh, dalam manhaj Imam Ghazali, tidak perlu didatangkan dalil, bahkan sudah memadai dikatakan tidak boleh jika tidak didapati langsung dalil-dalil yang membenarkannya.
KALIMAH ALLAH
Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.
Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair.
Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.
Pertama : Surah Al-Ankabut : 61
Maksudnya; “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”
Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.
Kedua : Surah Al-Ankabut : 63
Maksudnya; “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”
Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.
Ketiga : Surah Al-Haj : 40
Maksudnya; “Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”
Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.
Keempat : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda;
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
Maksudnya;
“Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah[1]”
Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;
فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Maksudnya; “apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan” Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?” ”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat[2].
Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.
Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.
Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul.
Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya.
ISYKAL DAN JAWAPAN
Pertama : Mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah dapat melahirkan keraguan umat Islam terhadap maksud kalimah Allah SWT.
Jawapan; Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sepatutnya tidak difikirkan sebagai ruang non Muslim untuk meragukan umat Islam. bahkan, yang wajib difikirkan oleh umat Islam adalah, bagaimana kalimah Allah ini dijadikan sebagai kalimah yang sering disebut oleh non Muslim, kemudian diberikan kefahaman kepada mereka tentang maksud sebenar terhadap kalimah Allah yang mereka sebut itu. dan inilah, yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah di marhalah Makkiyyah dahulu.
Kedua : Lebih baik menghalang dari mereka menggunakan kalimah Allah, kerana ia dibawah maksud ”sad Az-Zarai’”
Jawapan ; Kaedah ”sad Az-Zarai’” digunakan untuk menutup sebarang ruang-ruang yang boleh membawa kepada haram. Adapun dalam kes non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia merupakan ruang untuk mendekatkan non Muslim terhadap kefahaman maksud ”Allah”.
Ketiga : Ramai orang Islam pada hari ini yang lemah aqidah, justeru, dibimbangi mereka terpengaruh dengan agama non Muslim, apabila mereka dibenarkan menggunakan kalimah ”Allah”
Jawapan ; Apabila lemah aqidah, maka perkara yang perlu dilakukan adalah, perkuatkan aqidah mereka. berikan kefahaman kepada mereka tentang aqidah yang sahihah.
Tindakan melarang penggunaan kalimah ”Allah” dari kalangan Non Muslim dalam usaha hendak menyelamatkan aqidah orang Islam, merupakan dakwaan yang terlalu dangkal. Ini kerana, tindakan tersebut samalah seperti doktor yang memberi ubat pening kepala kepada pesakit yang sedang sakit perut.
Keempat : Tindakan non Muslim yang kini baru sahaja mahu menuntut mahu menggunakan kalimah Allah terkandung agenda tersembunyi
Jawapan : Apakah wujud agenda tersembunyi atau tidak, ia bukan isu yang wajar dibangkitkan. Apa yang pasti, Nabi SAW ada bersabda;
فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا
Maksudnya; ”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang untuk dia bercakap[3]”
Justeru, dalam isu menggunakan kalimah ”Allah” bagi orang bukan islam, ia merupakan hak yang dibenarkan dalam agama mereka. justeru, hak ini hendaklah diberikan kepada mereka. jika mereka mahu menuntut hak itu, wajib diberikan ruang kepada mereka bersuara dalam menyatakan hak mereka.
Adapun sekiranya benar wujud agenda tersembunyi tersebut, maka ia perlu dihadapi dengan segala kebijaksanaan. Bukannya dengan melarang terus mereka daripada bersuara. Kerana, tindakan sebegitu akan memberi gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim.
KESIMPULAN
Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.
Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.
Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.
Jika mahu difikirkan balik, mengapa tidak dijadikan kalimah “Allah” ini sebagai cara untuk melahirkan penyatuan manusia di seluruh dunia. Sekiranya Najib Tun Razak boleh menggunakan tema 1 Malaysia dalam usaha hendak menutup politik perkauman UMNO, mengapa tidak digunakan “Esa Allah” dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang bangsa?
“ALLAH FOR ALL”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
Various Headlines
Featured Stories
MASA KEHIDUPAN
ARKIB AHMADIAH
- DETIK INDAH BERSAMA RASULULLAH (4)
- E-BULETIN (1)
- ENGLISH SITE (2)
- GALERI FOTO USRAH (11)
- GOLONGAN YG DITEMANI MALAIKAT MULIA (3)
- KHUTBAH JUMAAT (7)
- MASALAH (1)
- PESANAN (21)
- PROGRAM SYAZULIAH (18)
- sampaian (21)
- Sisipan Hidayah (7)
- SISIPAN NUQABA' (6)
- TAZKIRAH (22)
- TAZKIRAH RAMADHAN (14)
- USRAH SYAZULIAH (11)
- WASIAT LUQMAN AL-HAKIM (2)