Headlines Today

KENALI USRAH SYAZULIAH

Posted by ::PORTAL USRAH AHMADIAH:: Tuesday, August 5, 2008

Beriman tanpa syariah adalah fasiq, Bersyariah tanpa iman adalah munafiq. Bismillahirrahmanirrahim... Salam perkenalan dari kami pihak Usrah Syazuliah MAAHAD AHMADI N. SEMBILAN(MANS). Awalan, sama-sama kita rafa'kan kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memberi kita peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini. Seterusnya, kami pihak Usrah Syazuliah berasa amat bersyukur kerana telah menyiapkan laman kami yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan dengan adanya laman ini kerja dakwah amar ma'ruf nahi mungkar dapat diteruskan dalam kalangan umat islam. Pada hakikatnya, Usrah Syazuliah bukanlah sebuah tariqat As-syazuliuah sebagai satu tanda penghormatan dan kemuliaan kepada Al-imam Abu Hasan As-syazuli pengasas tariqat syazuli. Ini kerana beliau telah banyak berjasa untuk menegakkan kalimah toyyibah. Usrah syazuliah ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh beberapa orang ustaz yang sedang menyambung pelajarannya di universiti al-azhar as-sharif. Tujuan ditubuhkan usrah syazuliah ini adalah untuk melahirkan para ulama' dan pendakwah yang mampu tampil ke hadapan dan mampu berkhidmat untuk masyarakat dalam negara ini, dan sekaligus dapat menjadikan negara ini sebuah negara yang diredhai Allah. Dalam konteks dakwah dan amar makruf nahi mungkar usrah syazuliah ini ditubuhan bagi menjana kualiti umat Islam di negara khususnya para remaja. Usrah ini mempunyai moto tersendiri iaitu Ilmu,Amal,Iman yang dihasilakn oleh para naqib yang berkaliber. Dengan tertubuhnya usrah ini, kami dari pihak usrah syazuliah mengharapkan kerjasama antum semua dalam menjana kualiti ummah. Wallahua'alam...

0 comments

Post a Comment