Headlines Today

Ke Mana Hilangnya Sengat Usrah!!?? Satu Peringatan

Posted by ::PORTAL USRAH AHMADIAH:: Saturday, March 27, 2010

Alhamdulillah wassolatu wasalamu 'ala rasulillah wa'ala alihi waman walah. Summa amma ba'du. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, kita rafakkan kesyukuran kita kepada Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran, kiat hamparkan kesyukuran kita dengan selua-luas hamparan kerana Allah masih memberikan dan membekalkan kita dua nikmat yang tiada tolok bandingannya yakni Iman dan Islam. Selangkah kita dekat padaNya, sepuluh langkah Allah hampiri kita. Allahu akbar!

Bulan mac hampir meninggalkan kita, bulan jamadil awal makin menghampiri kita. Pentadbiran usrah syazuliah ataupun dikenali sekarang dengan Usrah Ahmadiah makin lama makin malap. Tidak tahu apa puncanya, tidak tahu apa kelemahannya dan tidak tahu apa sebab dan musababnya sehinggakan hari ini masih tiada berita tentang pergerakan usrah ini. Memang tidak dinafikan setiap perubahan memerlukan masa, kefahaman dan ketelitian. Kefahaman pula memerlukan kesefahaman. Justeru, kekuatan dalam kalangan Majlis Tertinggi, Nuqaba' dan ahli usrah perlu disemai mulai detik dan saat ini. Ingat Rasulullah pernah bersabda "Sesungguhnya pertolongan Allah itu bersama dengan jemaah(kesatuan)".

Sedikit pengorbanan yang kita lakukan, Allah akan nilai walaupun sekecil zarrah. Kita mesti lakukan transformasi pada waktu yang terdekat ini untuk memastikan segala perancangan usrah dan objektif kita tercapai. Perjuangan kita dalam medan ini tidak boleh dihentikan. Ayuhlah para nuaqaba' dan semua perwakilan Majlis Tetinggi Usrah Ahmadiah@Syazuliah kita bangkit untuk terus menggerakkan dakwah dan nahi mungkar. Kepada Majlis Tertinggi, pada masa terdekat ini, susunlah semula pergerakkan anda dan juga struktur organisasi anda. Kami alumni dan juga masih lagi memegang kad usrah syazuliah sentiasa berada dibelakang anda untuk memastikan Usrah Ahmadiah ini tidak terus terkubur.

0 comments

Post a Comment